
KENAIKAN harga ais tidak sepatutnya berlaku, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Beliau berkata demikian berikutan terdapat syarikat bekalan ais yang menaikkan harga sehingga 50 sen sebungkus.
Jelasnya, kenaikan harga ais tidak sepatutnya berlaku kerana tiada kenaikan tarif air dan elektrik.
“Kalau kilang ais hendak naikkan harga, ia tidak mempunyai alasan. Kita beri air dengan harga yang murah di negara ini. Tiada sebab (kenaikan harga ais),” katanya ketika ditemui pemberita selepas melakukan tinjauan harga barangan di My Farm Outlet Kasih, Presint 9, dekat Putrajaya, pada Rabu.
Turut serta, Menteri Pertanian dan Industri Makanan (MAFI), Datuk Seri Dr Ronald Kiandee.
Beliau berkata demikian mengulas mengenai kenaikan laporan mengenai syarikat berkenaan yang menamatkan promosi untuk produk ais iaitu ais kisar dan ketulan bermula 1 Disember.
Antara alasan yang diberikan syarikat ialah kos penyelenggaraan lori semakin tinggi dengan kenaikan harga tayar, alat ganti lori dan minyak diesel.
Sementara itu, bagi kenaikan harga roti dan produk jenama Gardenia, Ismail berkata, satu kajian terperinci perlu dilakukan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) bagi mencari punca kenaikan harga.
“Gandum ini kita tidak tanam sendiri dan perlu diimport, jadi mungkin memberi kesan,” katanya. –
Sumber : MSTAR ONLINE
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.
Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
Leave a Reply