Penyanyi Bad Indigo Mengaku Malu Dan Segan. Rupanya Ini Yg Terjadi

Jauh sekali mahu menyombong, penyanyi dan anggota kumpulan Indigo, Badrul Izhan Yeop Abdullah atau Bad, 46, mengaku terbit rasa malu dan segan untuk menerima bantuan zakat daripada badan-badan kebajikan tertentu walaupun layak berdasarkan statusnya kini.

Menurut Bad, sejak diuji jatuh sakit dan kini memegang kad Orang Kurang Upaya (OKU), dia tidak sanggup untuk menerima bantuan kerana memikirkan terdapat ramai lagi golongan asnaf atau orang lain yang lebih memerlukan.

“Pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Lembaga Zakat Selangor ada memaklumkan kepada saya dan mahu membantu. Tetapi buat masa ini, saya tak mahu ambil lagi bantuan daripada kedua-duanya sebab masih mahu mencuba.

“Saya segan nak ambil duit yang tentunya ada asnaf lain lebih memerlukan. Saya ada luahkan perkara ini pada pegawai yang bertugas. Tetapi mereka ada kata, saya ini layak terima.

“Katanya, zakat bukan hanya kepada fakir miskin sahaja, ada banyak kategori. Dia beritahu supaya saya jangan risau, tetapi tak mengapalah. Jika saya sudah bersedia atau tiada langsung cara lain untuk hidup, mungkin saya akan hubungi mereka. InsyaAllah,”katanya.

Bad berkata demikian semasa ditemui di konsert Gegar Vaganza musim kelapan (GV8) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, Ahad lalu.

Sumber : Utusan Online

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*