
Selepas kecoh di media sosial tentang 1 video menunjukkan Tauke Jambu berpakaian pengantin dan semalam Tauke Jambu mengaku bahawa dia berkahwin lagi.
Di dalam temubual bersama MSTAR semalam, Tauke Jambu bersama ‘isteri’ baru memberitahu bahawa benar bahawa mereka telah berkahwin dan ini dipersetujui oleh isteri pertama Tauke Jambu.
Tetapi tidak lama selepas video temubual itu keluar, Tauke Jambu telah mengubah kenyataan beliau.
Rupa rupanya ini semua adalah marketing untuk produk sahaja.
Jadi bukan sahaja netizen ditipu, malahan MSTAR iaitu antara media yang terbesar dalam Malaysia turut ditipu dengan teknik marketing Tauke Jambu.
Sudah menjadi kebiasaan apabila sesetengah pihak menggunakan sesuatu cerita sensasi atau kontroversi untuk membuat marketing bagi melariskan produk.
Walaupun ia bukanlah sesuatu yang baru dalam dunia perniagaan, namun masih ada yang membuatnya dan tetap mendapat perhatian ramai.
Perkara tersebut dimuat naik ke Instagram peribadi Tauke dan menjawab segala persoalan netizen berhubung gosip yang bertebaran sejak beberapa hari ini.
Belum berani tambah isteri
Menurutnya, dia masih belum menambah isteri dan masih setia dengan seorang sahaja pasangan iaitu Nadia Mohd Effendi. Majlis perkahwinan dengan Shu pula hanyalah satu lakonan untuk iklan produk keluarannya.
Jadi, di akhir video penjelasan itu, Tauke maminta orang ramai agar lebih bijak dan berhati-hati dalam menilai sesuatu isu viral di media sosial.
VIDEO:
View this post on Instagram
Artikel : AwatttSyeikhh Network
Leave a Reply