
RAKAMAN seorang pemuda dengan masalah mental dic3kik sehingga mening.gal dunia oleh tiga lelaki lain dipercayai kerana mencuri pembesar suara, tular di media sosial.
Insiden pergadvhan tersebut dipercayai dirakam di hadapan warung pasar pagi di Flat Ashby Road, Ipoh di Perak.
Pengguna Twitter, Zack_rockstar yang menularkan klip rakaman tersebut berkata orang ramai hanya merakam dan melihat insiden pergaduhan tersebut tanpa berbuat apa-apa.
“Beliau m4ti dicek1k kerana disyaki mencuri pembesar suara portable yang tidak seberapa harganya.
Kemati.annya disaksikan oleh orang ramai, tidak kurang yang merakam video sepanjang kejadian sehingga malaikat ma.ut mencabut nya.wanya,” tulisnya di laman Twitter.
Dalam kejadian kira-kira pukul 7 pagi itu, Muhammad Noor Faqih Mohamed Ariffin, 29, ma.ut dalam perge.lutan bersama suspek yang juga membabitkan dua beranak.
Harian Metro melaporkan Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, kejadian itu dipercayai berlaku ekoran suspek tidak berpuas hati dengan mang.sa yang mengalami masalah men.tal, yang dikatakan mencu.ri pembesar suara milik seorang daripada mereka.
Tambahnya, ekoran kejadian itu, ketiga-tiga suspek berusia 60, 43 dan 34 tahun ditangkap bagi membantu siasatan.
Rata-rata pengguna Twitter menzahirkan rasa marah melihat bagaimana mangsa diperlakukan.
“Buat malu orang Melayu Islam je, setakat portables speaker tu berapalah sangat harganya nak dibandingkan dengan nyawa orang.
“Bila otak tu dah penuh dengan taik, tak boleh nak fikir before nak buat something,” tulis seorang lagi pengguna Twitter @ughluqman.
Sumber : MSTAR ONLINE
Leave a Reply