Yang Dpt Bunga Yg Dibaling Pengantin Akhirnya Berkahwin, Sekali Netizen Masuk Komen Kenapa Nk Bangga Dgn Budaya Barat

Sudah semestinya kita nak merakamkan moment moment istimewa dalam hidup kita dan selalunya kita akan berkongsi di media sosial untuk tatapan umum.

Antara moment istimewa adalah ketika hari perkahwinan. Dengan adanya media sosial seperti Facebook dan Tiktok sudah pasti akan segera menjadi tular sekiranya content yang dibuat adalah menarik.

UNGKAPAN ‘jodoh itu rahsia Allah’ sememangnya sesuai bagi pasangan pengantin baru ini.

Siapa sangka, insiden lucu ketika menyambut lambungan ‘bunga tangan’ (hand bouquet) pengantin sewaktu menghadiri majlis perkahwinan rakan baik masing-masing tahun lalu, akhirnya menyatukan hati pasangan merpati dua sejoli ini.

Berkongsi cerita dengan mStar, wanita bernama Aien Jefri berkata, dia dan suaminya, Muhammad Haiqal, 27, ketika itu diberi peranan sebagai pengapit (bridesmaid) dan ‘dulang boy’ kepada rakan baik mereka.

“Saya rakan baik kepada pengantin perempuan, manakala suami pula rakan baik kepada pengantin lelaki. Majlis perkahwinan rakan baik kami berlangsung pada Januari tahun lalu.

“Kami sememangnya saling tidak mengenali antara satu sama lain pun. Itulah kali pertama bertemu, tapi kami tak bersembang pun. Masa photoshoot outdoor, kami semua terlibat dan jurufoto minta pengantin lambung bunga tangannya manakala kami yang lain di belakang konon-konon nak sambut.

“Saya dah beritahu pengantin perempuan supaya baling ke arah saya. Sebab hand bouquet tu kami buat sama-sama… sayang jatuh kat tanah. Pengantin lelaki pula saja berseloroh, siapa dapat sambut, orang tu kahwin tahun depan.

“Tak sangka, masa nak sambut hand bouquet tu, ada seorang dulang boy ni pun nak sambut juga tapi saya yang dapat. Semua ketawa masa tu dan dia dah malu-malu. Rupa-rupanya dialah jodoh saya,” kata wanita berusia 27 tahun ini.

Netizen Tanya Ikut Budaya Sapa?

Gambar Google

Selepas artikel dari MSTAR dimuat naik ke media sosial, terdapat beberapa komen bertanyakan budaya mana yang mereka ikut.

Ada yang mengatakan sebab diri dah terlalu mengikuti budaya barat sehingga tidak perasan terikut sekali.

KOMEN NETIZEN:

Pengantin Baling Bunga Tangan, Apa Hukumnya?

Buat yang sedang menghitung hari bahagia ini sudah tentu mempunyai pelbagai rancangan bukan? Baju apa nak pakai, macam mana keadaan majlis itu, berape ramai rakan nak diundang malah apa aktiviti yang akan memeriahkan lagi majlis itu nanti.

Tak cukup itu, ada yang plan nak ada bridemaid, nak ada acara baling bunga sebab nak nampak meriah.

Aishh, dah namapk macam ke arah barat dah kita punya plan tuh, elok ke buat macam itu? Bukan ke kita mahukan majlis kita ini mendapat keberkatan bukan sebaliknya.

Dah macam jadi trend pula pengantin perempuan baling bunga lalu percaya yang menerima bunga akan bakal jadi pengantin. Kalau dah sampai percaya ini dah bukan sekadar suka-suka sahaja dah ni.

Mungkin bukan anda yang akan buat tapi akan ada orang disekeliling yang akan buat. Jadi jom semak hukumnya bersama-sama melalui perkongsian Ustaz Farid Rashidi.

1. Tradisi begini bukan ajaran Islam ya. Ia budaya masyarakat barat atau kita panggil Mat Saleh. Omputih.

2. Hindarkanlah ya. Ia melibatkan ramalan sesuatu tanpa dasar. Meramal sesuatu macam jodoh itu juga dilarang dalam Islam.

3. Islam larang ikut amalan orang bukan Islam yang bertentangan dengan syariat.

مَنْ تَشَبَّهَ بِقَوْمٍ فَهُوَ مِنْهُمْ

Daripada Ibn Umar r.a, Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia adalah daripada kalangan mereka.”
[Riwayat Abu Daud, no.4031. Ahmad, no.5114, 5115, 5667]

Imam al-Hafiz Ibn Kathir menyatakan bahawa:

“Hadis ini menunjukkan larangan keras dan amaran bagi sesiapa yang menyerupai orang kafir pada ucapan, perbuatan, pakaian, perayaan, ibadah dan lain-lain perkara yang tidak disyariatkan serta ditetapkan ke atas kita.”

[Lihat: Tafsir Ibn Kathir, 1/87]

Alang-alang nak baling, ce baling durian musang kingke, duri hitamke. Amacam? Mahal tu.

Sumber : MSTAR ONLINE / REDAKSI

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*