
Memang sejak kerajaan membenarkan rentas negeri, hampir semua tempat pelancongan dan peranginan akan penuh.
Lokasi lokasi percutian itu bukan sahaja penuh pada hari minggu tetapi pada hari biasa juga.
Disebabkan itu kebanyakkan hotel atau homestay dan apa juga tempat penginapan akan selalu penuh ditempah.
Akan tetapi ada satu trend terbaru untuk pergi bercuti dan ianya telah tular di media sosial TikTok.
Setelah lama ‘terkurung’ di dalam rumah, kini rakyat Malaysia boleh enjoy dengan melancong dan melakukan aktiviti yang sudah lama mereka mahukan.
Akan-anak muda kini dilihat suka ikuti trends yang tular di TikTok untuk dijadikan konten.
Terbaharu, menjadi trend untuk pacak khemah dan nikmati kopi serta mi segera di parking lot berdekatan stesen Petron di Genting Highlands yang difahamkan dikhaskan untuk meletakkan bas.
Boleh dilihat di TikTok, ramai yang sertai trend tersebut.
Hal ini mendapat perhatian netizen dan rata-rata netizen mengatakan tempat tersebut tidak sesuai serta salah kerana ia merupakan kawasan persendirian.
Malah, para netizen bersetuju bahawa seharusnya mereka mencari tapak yang sesuai bukannya melakukan hal seperti ini.
Bukan itu sahaja, rata-rata netizen berharap pihak Genting Highlands akan perketatkan lagi sekuriti agar hal seperti ini tidak berlaku kelak disebabkan faktor keselamatan.
Rata-rata netizen juga mengkritik mereka yang pacak khemah di kawasan tempat letak kenderaan dan juga di bangunan Genting Highlands kerana ia tidak sesuai dan menganggu ‘mood’ mereka untuk bercuti.
Hal ini juga mendapat pelbagai reaksi netizen dan ada yang tidak sabar untuk ikuti ‘vibes’ trend ini.
Sumber : TheVocket
Leave a Reply