Ini Keputusan PRN Untuk YB Viral, Datuk Norhizam Hassan Baktee

Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Batu, Datuk Norhizam Hassan Baktee yang bertanding sebagai calon Bebas kini ketinggalan dalam senarai undian tidak rasmi bagi kerusi berkenaan.

Sehingga pukul 7.15 malam tadi, Norhizam atau dikenali sebagai YB Viral hanya berjaya memperolehi 304 undian berbanding tiga calon lawan yang lain.

Ketika ini calon Barisan Nasional (BN), Datuk Kalsom Nordin mendahului dengan 1,253 undian diikuti calon Pakatan Harapan (PH), Muhamad Danish Zainuddin dengan 1,149 undian. –

PRN Melaka: Dira Abu Zahar selesa mendahului dua calon lain

Calon Barisan Nasional (BN), Datuk Khaidira Abu Zahar atau Dira ketika ini sedang mendahului dua calon lain di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim.

Keputusan tidak rasmi setakat pukul 7 malam tadi, Khaidirah mendahului kiraan undi sebanyak 1,400 undian di hadapan calon Pakatan Harapan (PH), Prasanth Kumar sebanyak 811 undian.

Sementara calon daripada Perikatan Nasional (PN), Azalina Abdul Rahman pula mendapat 665 undian.

Sumber : Kosmo Online

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*