Wanita Ini Terkejut Bagaimana Nama Dia Dah Mengundi Tapi Dia Baru Saja Sampai Tempat Mengundi (Video)

Seorang wanita diberitahu oleh pegawai SPR yang namanya telah membuang undi, sebaik dia tiba di pusat mengundi.

Pegawai itu berkata oleh itu dia tidak boleh mengundi, walaupun jarinya belum dicalit dengan dakwat kekal.

Calon DAP Ayer Keroh Kerk Chee Yee kemudian tiba di pusat itu dan menuntut penjelasan daripada SPR.

“Wanita ini mengadu kepada kami yang dia belum mengundi dan dicalit dakwat, tetapi namanya telah dipotong.

“Maka dia tak boleh mengundi kali ini.

“Saya harap perkara ini akan disiasat dan dia akan membuat laporan polis,” katanya.

VIDEO:

Artikel berkaitan PRN Melaka

Ahli politik dilihat langgar larangan kempen di hari mengundi di media sosial

Beberapa ahli politik dilihat melanggar larangan berkempen di hari mengundi, dengan memuat naik poster di media sosial hari ini yang menggesa pengundi menyokong parti mereka.

Antaranya Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin yang memuat naik poster di Instagram, yang menggesa pengundi memilih BN.

Dalam poster yang dimuat naik di Instagram Story, ia memaparkan imej animasi Khairy agar memilih BN demi “kestabilan dan kemakmuran”.

Khairy, yang merupakan ahli parlimen Rembau, adalah antara ahli politik yang popular di media sosial dan akaun Instagramnya memiliki kira-kira 1.1 juta pengikut.

Walaupun tidak merujuk poster itu secara langsung, Timbalan Pengerusi SPR Azmi Sharom memberitahu Malaysiakini bahawa undang-undang menyatakan “tiada kempen dibenarkan pada hari mengundi”.

Sementara itu, Ahli Parlimen Teluk Intan Nga Kor Ming turut berkongsi beberapa poster menggesa pengundi Melaka memilih PH.

Pemimpin DAP itu memuat naik empat keping gambar di Twitter kira-kira pada pukul 1.10 tengah hari tadi.

Antaranya gambar calon ketua menteri PH Adly Zahari kata-kata: “Balik undi! Adly jadi Ketua Menteri.”

“Undi PH sekarang untuk selamatkan negara dan masa depan anak kita. Jangan sesekali benarkan fanatik, katak politik & pencuri menentukan nasib anda,” katanya dalam ciapan itu.

Seksyen 26 Akta Kesalahan Pilihan Raya menggariskan batasan di hari mengundi dan antara lain melarang membuat sebarang bentuk kenyataan kempen di hari tersebut.

Pengundi di Melaka bakal memilih kerajaan baru negeri itu hari ini.

Sumber : Malaysia Kini

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*