Kanak Kanak 5 Tahun Jatuhh Dari Tingkat 16. Ibu Saudara Ceritakan Apa Yg Terjadi Sebelum Dia Tahu Anak Buah Dia Jatuh

Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun ma.ut dipercayai terjatuh dari tingkat 16 sebuah kondominium di Batu Caves, Gombak, di sini, hari ini.

Ibu saudara kanak-kanak itu, Fauziah Hanum Cik Ros, 36, berkata kejadian berlaku pada 10.30 pagi apabila tiba-tiba beliau sedar mengenai kehilangan anak saudaranya itu selepas didapati tiada di biliknya.

“Semasa kejadian, saya sedang mandi dan dia (anak saudara) baru sahaja bangun tidur kerana dia tidur lewat semalam, namun sebaik siap mandi, saya tidak nampak kelibat dia (anak saudara) di rumah.

“Saya terus telefon Bella (ibu kanak-kanak itu) yang berada di luar semasa kejadian,” katanya kepada pemberita di ketika ditemui di lokasi kejadian.

KANAK-KANAK lelaki maut dipercayai jatuh dari tingkat 16 sebuah kondominium di Batu Caves, Gombak, hari ini. FOTO ihsan pembaca

Fauziah berkata, dia mendapat tahu anak saudaranya itu berada di tingkat dua kondominium itu selepas dihubungi Bella, yang dinaklumkan orang ramai bahawa ada kanak-kanak dikesan di tempat berkenaan.

Menurutnya, anak saudaranya itu adalah seorang yang aktif dan mempunyai seorang adik lelaki berusia empat tahun yang ketika kejadian turut berada di rumah.

Sementara itu, teman lelaki Bella yang hanya mahu dikenali sebagai ‘Am’ berusia 20-an berkata, dia sepatutnya melangsungkan pernikahan dengan Bella, Jumaat ini.

Am berkata, beliau sedang tidur di rumahnya di Ampang semasa mendapat panggilan telefon daripada bakal isterinya itu yang memberitahu anaknya hilang.

Sumber : Harian Metro ..

Innallilah ..

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*