
Tindakan aktres popular Rita Rudaini yang tidak habis-habis mempertikaikan keberkesanan vaksin Covid-19 semakin mendapat perhatian banyak pihak malah turut dibidas oleh komuniti pakar perubatan.
Seorang doktor pelatih dalam bidang perubatan keluarga (family medicine), Dr. Nimelesh Balanthiren menegaskan, sudah kerap kali diberitahu bahawa vaksin tidak boleh mencegah jangkitan Covid-19 seratus peratus namun ia boleh mencegah jangkitan teruk yang mengakibatkan komplikasi.
“Berapa banyak sudah nyawa yang hilang kerana Covid-19. Vaksin boleh melindungi seseorang tetapi sistem imuniti badan juga memainkan peranan penting. Jika imuniti rendah, risiko untuk kena tetap ada.
“Sebab itu masih ada nasihat untuk ikut prosedur operasi standard (SOP), pakai pelitup muka dan sebagainya,” katanya menerusi bebenang ciapan di laman Twitter baru-baru ini.
Tambah Nimelesh, ramai pesakit yang tidak sempat divaksin dan mengalami komplikasi Covid-19 sekarang, berbulan-bulan batuk, sukar bernafas malah ada juga yang keluar masuk hospital.
“Kita yang kerja dalam bidang kesihatan yang terdedah kepada kes sebegini. Ingat senang ke nak sampaikan berita kematian insan tersayang akibat Covid-19 kepada ahli keluarga?
“Jika anda (Rita) rasa anda artis atau orang berpengaruh, gunalah ‘suara’ anda di jalan yang betul,” ujar beliau.
Bidasan tersebut adalah balasan pada satu video aktres tersebut yang meluahkan ketidakpuasan hatinya kepada netizen yang memberikan pelbagai gelaran kepadanya setelah lantang mempersoalkan tentang vaksinasi Covid-19.
“Kita ni insan terpilih, Tuhan pilih untuk dibukakan mata, kita patut bersyukur, pedulikan apa orang nak kata kerana kita ni lagi normal daripada mereka yang kena cucuk.
“Kalau betul vaksin tu menyelamatkan nyawa, kenapa nak kena cucuk berkali-kali? BUkalah pelitup muka tu, sembahyang kenapa masih berjarakan? kata vaksin tu bagus sangat,” katanya menerusi video yang ditularkan itu.
INI KATA KATA RITA (VIDEO)
Antara yang diperkata Rita dalam video tersebut, dia mempertikai bagaimana boleh berlaku jangkitan COVID-19 di set penggambaran sedangkan semua yang terlibat sudah divaksin.
“Macam mana boleh boleh ada kejadian set shooting kena Covid? Covid tu mai dari mana? Ada posmen yang hantar ke? Geram lah ni, benda tu tak logiklah nak buat pelik sangat.
“Kita semua ni sebenarnya insan terpilih, Tuhan tu buka mata kita, Tuhan tu tak pilih orang yang pakai lebai ke, pakai jubah ke, orang yang belajar Oxford kat London ke apa semua, Tuhan tak pandang semua tu, kalau Dia berkehendak, Dia pilih siapa yang nak dipilih, untuk aku buka mata.
“Kita patut bersyukur, orang nak kata kita pelik ke tak normal ke, kita rasa hidup kita ni lagi normal daripada hidup orang yang vaksin tu tak normal, dia tak tahu dia kena cucuk, lepas tu lupa, normal ke?” katanya dalam video tersebut.
Dalam pada itu, Rita juga mempersoal kenapa golongan yang sudah menerima Vaksin COVID-19 masih memakai pelitup muka sehingga kini.
“Kata menyelamatkan nyawa, kata untuk antibodi, ha…dah cucuk tu bukalah mask! Jalan pakai mask lagi empat lapis pasal apa? Lepas tu jarak lagi, sembahyang pun jarak pasal apa?
“Kalau dah vaksin tu bagus sangat, patutnya nak bezakan orang dah vaksin dan belum vaksin, nak bezakan senang saja, hampa dah cucuk dua dos, dah nak masuk booster, roket semua dah, bukalah mask!” katanya lagi.
Dah kau tak nak vac pastu nk bising lagi ? pic.twitter.com/SjiiNzpFU4
— Sul ? (@RasulShamsuddin) November 11, 2021
Sumber : Kosmo Online!
Leave a Reply