Selepas Polis Bebaskan Pemandu Van Yg Langgr Budak Sekolah. Mereka Dedahkan Apa Yang Tak Kena Tentang Van Tersebut

Pemandu yang terlibat merempuh kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun di Taman Dahlia, Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang dekat sini semalam dipercayai tidak mempunyai permit van sekolah.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, Superintendan Azman Shari’at berkata, pihaknya turut memantau kes berkenaan bersama Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang.

“Ia berikutan kenderaan berkenaan berwarna putih dan bukannya kuning seperti yang sudah ditetapkan.

“Selain itu, van tersebut tidak tertera perkataan van sekolah sekali gus dipercayai tidak mempunyai permit yang dibenarkan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan semua pemandu van sekolah supaya mematuhi peraturan ditetapkan dengan memiliki permit yang sah.

“Selain itu, ibu bapa dinasihatkan memilih perkhidmatan van sekolah berdaftar dengan mengambil kira faktor keselamatan anak-anak mereka,” katanya.

Terdahulu melaporkan pemandu van berusia 31 tahun yang terbabit merempuh kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun di sini tengah hari semalam dibebaskan dengan jaminan polis hari ini.

Sumber : Kosmo Online!

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*