Dato Seri Vida Beritahu Berapa Dia Kena Bayar Di Restoren Siakap Viral Langkawi (Video)

Masih belum reda cerita restoren ikan siakap yang tular kerana harga tidak masuk akal. Kali ini Dato Seri Vida yang memang sedang bercuti di Langkawi telah singgah ke restoren tersebut.

Baru-baru ini perkongsian seorang individu menjadi bualan netizen apabila mend.akwa harga ikan siakap dipesannya mahal di sebuah restoran di Langkawi. Menerusi perkongsian tersebut, harga yang perlu dibayarnya untuk ikan siakap seberat 7.48 kilogram itu berharga RM 1,196.80.

Dapat dilihat di resit, jumlah keseluruhan bil termasuk hidangan makanan dan minuman lain pula adalah untuk tujuh orang makan.

Malah, individu tersebut berasa terkejut pada awalnya ketika mahu membuat pembayaran dan menasihati pihak restoran seperti tidak menghidangkan ikan sebesar itu untuk 7 orang makan.

Ikan siakap RM1,196.80

Perkara ini menjadi bualan hangat netizen terutama apabila ada beberapa pelanggan lain turut memuat naik resit harga yang mereka bayar turut tidak masuk akal.

Dalam perkongsian di media sosial Dato Seri Vida, beliau bersama anaknya kacak dan seorang lagi rakan telah pergi ke restoren tersebut.

Di dalam video tersebut, DSV sempat berjumpa dengan pemilik restoren tersebut.

Berapa Harga Makanan Yang DSV Pesan?

Dato Seri Vida telah membuat pesanan beberapa ekor ikan beserta dengan lauk yang lain untuk dimakan untuk 3 orang.

Di dalam video tersebut Dato Seri Vida memuji masakan restoren tersebut.

Gambar Dato Seri Vida bersama pemilik restoren, Syikin Musa

Dan harga yang dia bayar untuk semua lauk dipesan adalah RM918.50.

Berbaloi atau tidak harga tersebut? Sila lihat video di bawah.

Artikel Berkaitan..

Pemilik restoran hidang ‘siakap kontroversi’ diberi notis penjelasan

Siakap RM1,196 cuma makan ikan kecil bukan dedak - Kosmo Digital

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) sudah mengeluarkan notis mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Harga Anti Percatutan 2011 kepada pemilik restoran terapung di Langkawi pada Sabtu lalu.

Ketua Pegawai Penguatkuasaan KPDNHEP Kedah, Mohd Shahran Mohd Arshad, berkata notis itu perlu dijawab dalam tempoh lima hari iaitu sebelum Khamis ini bagi mengelak sebarang tindakan sekiranya pemilik restoran berkenaan gagal berbuat demikian.

“Kita beri tempoh lima hari untuk pemilik restoran berkenaan menjawab beberapa perkara di dalam notis itu antaranya berkaitan kos ikan siakap, makanan dan apa-apa yang ada dijual di situ.

“Setakat ini kita masih menunggu maklum balas daripada pemilik restoran itu, buat masa sekarang kita tidak boleh kata salah atau tidak, sebaik sahaja kita terima notis itu kita akan analisa setiap kos yang diberikan secara terperinci samada berlakunya kenaikan harga tidak munasabah atau sebaliknya,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Media sebelum ini melaporkan, makan tengah hari sekumpulan tujuh pelancong di sebuah restoran terapung di Langkawi dikejutkan dengan harga ikan siakap yang didakwa terlalu mahal.

Berdasarkan satu resit yang dimuat naik seorang pengadu di laman sosial, ikan siakap seberat 7.48 kilogram yang dipesannya berharga RM1,196.80.

Jumlah keseluruhan bil yang dimuat naik pelanggan itu termasuk hidangan makanan dan minuman lain, ialah RM1,759.50 dan tular di media sosial.

Mohd Shahran, berkata sehingga kini hanya satu aduan berkaitan diterima pihaknya dan beliau meminta pengguna yang mengalami situasi yang sama terus membuat laporan kepada KPDNHEP.

Katanya, pengguna perlu membuat pilihan yang bijak serta membandingkan harga sebelum membuat pilihan barang atau makanan.

“Sekarang kita sedang lancarkan Ops Menu, operasi ini bukan sahaja kita fokus kepada harga pada menu tetapi juga kepada alat timbangan sama ada alat itu masih sah atau tidak.

Artikel : AwattSyeikhhh Network

Rujukan : FB Dato Seri Vida / Bharian Online

 

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*