
SIKAP YouTuber dan penyanyi Zarol Zarif yang tidak serius ketika sesi rakaman di studio menimbulkan kemarahan penyanyi rap Cat Farish.
Bertambah berang apabila Zarol menjadikan Cat atau nama sebenarnya Farish Ramli sebagai bahan ‘content’ untuk saluran YouTube miliknya.
“Saya ini bila bekerja memang serius dan tak suka main-main yang membuang masa. Bukanlah bermaksud tak boleh bergurau langsung waktu kerja.
“Ada masa kita bergurau dan main-main tapi bila waktu betul-betul kerja itu kenalah serius. Dia datang studio ikut masa yang dah ditetapkan itu dah bagus dah.
“Tapi bila nak mula buat rakaman itu, dia boleh pula nak create content prank saya untuk saluran YouTube dia tanpa pengetahuan saya.
“Sepatutnya bila dah masuk studio untuk bekerja bukan nak buang masa saya dengan content prank!” kata kepada mStar.
Cat menerusi siaran langsung di Instagram (IG Live) pada malam Isnin meluahkan rasa berang terhadap seorang YouTuber yang datang studio hanya untuk membuang masanya.
Tanpa menyebut nama individu tersebut, ahli kumpulan Ruffedge menasihati YouTuber yang juga penyanyi itu menghormati masa orang lain.
Dalam pada itu, Cat turut memberi nasihat kepada Zarol dan juga pendatang baharu yang ingin mengejar populariti tanpa memikirkan perasaan orang lain.
“Bukan dia saja, tapi ada juga sesetengah YouTuber yang suka buat hal juga, Tak payah la nak tunjuk sangat kehebatan dia dekat YouTube tu.
“Nasihat saya untuk dia dan pendatang baharu ini, janganlah terlalu mengejar sangat content untuk kepentingan sendiri sehingga tak sedar menggores hati orang.
“Buat sesuatu perkara yang sampai tak kisah tentang perasaan orang lain… macam perbodohkan dan membuang masa orang,” ujarnya.
Sumber : MSTAR ONLINE
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.
Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
Leave a Reply