Ramai Pergi Cameron Highlands Tetapi Seorang Wanita Ini Dedahkan Barang Yang Harga Dah Tak Sama

Suasana suram di kawasan peranginan tanah tinggi ini hampir dua tahun lalu kembali meriah apabila menerima kunjungan pelancong sempena cuti panjang Deepavali dan hujung minggu.

Tinjauan portal Harian Metro mendapati kenderaan berduyun-duyun memasuki Cameron Highlands dengan kebanyakan hotel dan inap desa penuh ditempah pelancong sejak seminggu lalu.

Pengusaha kebun strawberi, Zulkifli Zahari, 61, berkata kedatangan pelancong yang ramai memberi nafas baharu kepada perniagaan mereka selepas sepi sekian lama.

“Keadaan di Cameron Highlands kembali meriah dengan kedatangan pengunjung melihat buah strawberi sambil menjamu selera berbanding hampir dua tahun sunyi sepi,” katanya.

Pusat peranginan tanah tinggi kiini menjadi sesak dengan kenderaan dan orang ramai ke tempat tumpuan agro pelancong. FOTO ROSELAN AB MALEK

Pengunjung dari Pasir Mas, Kelantan, Zahari Alias, 48, berkata dia bersama keluarga datang ke pusat peranginan itu selepas hampir dua tahun tidak membawa keluarga bersiar-siar.

“Walaupun perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan, ia tidak menghalang kami untuk bercuti bagi menikmati suasana dingin di sini,” katanya.

Sementara itu, Alias Shamsuddin, 65, dari Pekan, Pahang berkata, kedatangan pelancong memberi rezeki kepada peniaga yang sebelum ini tidak dapat beroperasi.

Menurutnya, dia bagaimanapun rasa kesal kerana harga barangan untu dibuat ole-ole di kawasan yang menjadi tumpuan pelancong sedikit mahal berbanding dahulu.

“Kalau dahulu harga strawberi cuma RM30 sekilogram, tetapi kini dijual antara RM45 hingga RM60 sekilogram. Strawberi dalam paket 200 gram biasanya dijual RM7 atau RM20 untuk tiga paket tetapi kini dijual RM 10 sepaket.

“Begitu juga jagung susu, dulu hanya RM2.50 setongkol, tetapi sekarang harganya RM3.50 manakala setongkol, jagung mutiara pula dijual RM2 setongkol berbanding dahulu tujuh tongkol RM10,” katanya.

Katanya, dia berharap peniaga di pusat peranginan tanahtinggi itu tidak mengambil kesempatan dengan kedatangan ramai pelancong.

“Peniaga perlu menggunakan kreativiti supaya dapat menarik lebih ramai kehadiran pengunjung dan memastikan mereka tinggal lebih lama di sana, bukannya mengambil kesempatan,” katanya.

Sumber : HMETRO ONLINE

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*