
Seperti yang kita tahu, kes pembun.uhan Pegawai Kadet Laut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain, telah selesai semalam setelah empat tahun nasib 18 pelaku menjadi tanda tanya.
Kesemua 18 penuntut UPNM yang terlibat membun.uh, bersubahat membun.uh dan menced.erakan Allah.yarham telah dijatuhkan huku.man mengikut keputusan yang dibaca Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Azman Abdullah semalam.
12 tertuduh yang disabitkan kesalahan mengikut Seksyen 330 Kanun Keseksaan kerana mencederakan Allah.yarham Zulfarhan dikenakan hukuman penj.ara tiga tahun.
Manakala enam lagi pelaku yang terbukti bersalah membun.uh dan bersubahat membun.uh mang.sa dijatuhi huku.man 18 tahun penj.ara.
Setelah keputusan hukuman kes pembu.nuhan Allahyarham Zulfarhan dibaca semalam, tak sedikit warga net yang tertanya-tanya, kenapa pelaku yang disabitkan kesalahan membu.nuh ar.wah tidak dijatuhi huku.man ma.ti?
Menjawab persoalan tersebut, peguam yang dikenali sebagai Syafiq Bahtiar ini melalui sebuah video di TikToknya tampil memberi pencerahan.
Video ini mendapat sorotan warga net apabila ditonton sebanyak 54.2 ribu kali di TikTok.
UPNM, ATM diingatkan tidak ulangi jenayah
Warga Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), diingatkan agar tidak mengulangi perbuatan jena.yah sepertimana yang berlaku ke atas Pegawai Kadet Laut UPNM, Allah.yarham Zulfarhan Osman Zulkarnain.
Perkara itu ditegaskan Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang turut menyifatkan perbuatan ke atas Zulfarhan Osman itu sebagai keji.
“Kematian Allah.yarham Zulfarhan (Osman) empat tahun lalu amat menduka.citakan, sebagai Menteri Pertahanan ketika itu, saya telah arah Akademi Latihan Ketenteraan (ALK) gantung segera 32 Pegawai Kadet serta nilai semula sistem latihan dan pengurusan pelatih di ALK.
“Saya juga jamin tiada siapa akan dilindungi dan terlepas dari undang-undang,” katanya menerusi hantaran yang dimuat naik di Facebook rasminya pagi ini.
Beliau berkata, UPNM dan ATM perlu mengambil iktibar dan pengajaran terhadap huku.man pen.jara yang dikenakan terhadap enam penuntut universiti itu kerana menyebabkan keced.eraan tanpa niat membu.nuh Zulfarhan Osman.
“Saya tidak akan sesekali berkompromi dalam soal jena.yah dan keza.liman!’’ tambah Hishammuddin.
Sumber : Siakap Keli / Sinar Harian
Leave a Reply