Video Polis Kena Langgar Dengan Penunggang Motor Ketika Bertugas. Ini Kata Kata Anggota Tersebut Selepas Kejadian

Baru baru ini tular di media sosial video dari dashcam kereta satu kemal4ngan kecil melibatkan seorang anggota polis dan penunggang motorsikal.

Kejadian berlaku pada waktu jalan sedang sesak dan anggota tersebut sedang bertugas mengawal lalulintas.

Penunggang motorsikal itu cuba memotong di antara kereta yang sesak dan tidak nampak ada anggota polis disitu.

Ini Komen Anggota Polis Terhadap Penunggang Motorsikal

'Saya tak buat laporan atas dasar simpati'

Seorang anggota polis trafik tidak membuat laporan atas dasar simpati terhadap seorang penunggang motosikal yang melanggarnya di susur Lebuh Raya Shah Alam (Kesas) menghala ke Persiaran Kewajipan di sini pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Abd Khalid Othman berkata, dalam kejadian pada jam 7.20 pagi, seorang anggota trafik sedang menjalankan tugas di lokasi telah dilanggar oleh penunggang motosikal jenis Yamaha Y15 yang hendak memasuki susur tersebut.

“Kedua-dua individu itu tidak mengalami kecederaan dan tiada kerosakan pada kenderaan.

“Atas dasar simpati kepada penunggang motosikal tersebut dalam situasi yang dihadapi, maka anggota trafik terbabit tidak membuat sebarang laporan polis terhadap insiden yang berlaku sebaliknya meneruskan tugas di lokasi kejadian,” katanya melalui kenyataan pada Khamis.

Abd Khalid berkata, pihaknya mengucapkan terima kasih atas keprihatinan masyarakat terhadap kejadian yang menimpa anggota polis terlibat.

“Semoga hubungan ini mencerminkan silaturahim yang erat antara polis dan masyarakat, sekali gus mewujudkan persekitaran selamat,” katanya.

Pada Khamis sebuah video tular berdurasi 28 saat memaparkan insiden melibatkan seorang anggota trafik dilanggar oleh penunggang sebuah motosikal.

VIDEO:

Sumber : Astro Awani

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*