
Pelakon Rita Rudaini mendedahkan terdapat sebuah stesen televisyen yang menawarkan kemunculannya untuk tujuan promosi.
Bagaimanapun, Rita yang masih tidak mendapatkan suntikan vaksin COVID-19 itu enggan menerima tawaran tersebut.
“Ada stesen TV ni nak sistur muncul untuk promote…mmm.
“Bila pulak ya nak guna orang tak vaksin, tak takut ke sistur nanti mengancam nyawa. Sorry, lamberttt lagi,” tulisnya di Instagram Story.
Tambah Rita, kemunculan di TV mahupun secara dalam talian tetap dikira sebagai perkhidmatan orang yang tidak mendapat vaksin COVID-19.
“Muncul kat TV ke online ke offline ke, kira guna perkhidmatan orang tak vaksin juga, job juga tu ya.
“Sistur taknak jadi penyebab atau punca kes naik, so adil kan,” tulisnya lagi.
TAKNAK JADI PENYEBAB KES NAIK
Rita terdahulu menjadi bualan hangat netizen apabila pernah berkongsi amalan merebus bunga cengkih di kediamannya.
Rita juga lebih selesa digelarkan sebagai prosafe dan bukannya antivaksin kerana dia sendiri pernah mengambil vaksin lain sebelum ini.
Sumber : GEMPAK
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.
Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
Leave a Reply