
Seorang penghantar makanan cedera apabila motosikal dinaikinya dilanggar sebuah kereta yang mengubah haluan secara tiba-tiba di Jalan Ampang-Tambun di sini pada Sabtu.
Kejadian tersebut tular di media sosial apabila pemandu kereta terbabit bertindak melarikan diri dengan membiarkan penunggang motosikal berusia 34 tahun itu di tepi jalan.
Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, pemandu kereta berusia 48 tahun itu bagaimanapun sudah tampil membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh.
Beliau berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 9 pagi berhampiran Balai Polis Tambun di sini.
“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila pemandu kereta mengubah haluan dari kanan ke kiri jalan sebelum menghimpit dan melanggar motosikal yang ditunggang mangsa.
“Pelanggaran itu menyebabkan mangsa jatuh di atas jalan, manakala pemandu kereta pula terus melarikan diri sejurus kemalangan itu,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.
Mior Faridalathrash berkata, mangsa mengalami kecederaan ringan di bahagian lutut dan siku.
Menurutnya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu dengan cuai.
Video:
Sumber : Sinar Harian
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.
Segala komen adalah hak dan tanggungjawab and
Leave a Reply