
Lima kakitangan sebuah hospital di negeri ini direman lima hari bagi membantu siasatan komplot rasuah pengurusan jena.zah.
Perintah reman terhadap kesemua suspek berusia 34 hingga 44 tahun itu dikeluarkan Majistret Ellyna Othman di Mahkamah Majistret di sini selepas membenarkan permohonan reman daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Antara suspek yang dibawa untuk proses reman selepas mereka disyaki terlibat rasuah pengurusan jena.zah.
Menurut sumber, kesemua suspek dikatakan telah terlibat dalam kegiatan rasuah itu selama dua tahun bermula 2019.
Katanya, mereka ditahan pukul 3 petang semalam di pejabat SPRM Selangor selepas hadir memberikan keterangan.
“Mereka telah meminta dan menerima rasuah mencecah RM22,000 dalam tempoh dua tahun itu dari seorang ejen sebagai balasan mendapatkan kerja-kerja pengurusan jena.zah di hospital tempat suspek bekerja.
“Pengurusan itu melibatkan dari segi proses mandi, kafan dan solat kepada kesemua jena.zah beragama Islam,” katanya di sini hari ini.
Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor Datuk Alias Salim mengesahkan penahanan berkenaan dan berkata kes disiasat mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.
Sumber : Kosmo Online
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.
Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
Leave a Reply