
Hampir pitam ketika sesi siaran langsung Instagram kelmarin bersama peminatnya, jutawan kosmetik popular Datuk Seri Vida (DSV) berkemungkinan mendapat ‘gangguan’ tidak diingini.
Kongsi DSV atau turut popular disapa Vida, keadaannya ketika sesi siaran langsung yang tertangguh itu menyebabkannya lemah, panas badan dan hampir muntah.
“Panas satu badan, saya dah tak tahan dah ni. Tapi saya cuba bertahan. Setiap kali live mesti rasa panas, Ya Allah kenapa saya jadi macam ni?
“Saya terkena apa-apa ke? Gangguan ke? Nak muntah rasanya tapi tak lepas.. Saya mohon doakan saya kembali sihat,” katanya yang turut menjemput beberapa individu ke rumahnya untuk menunaikan solat hajat.
Dalam perkembangan terkini ketika sesi siaran langsung Instagram malam tadi, Vida turut ‘mendinding’ dirinya dengan mencetak beberapa ayat Al-Quran termasuk ayat Kursi.
“Saya dah sediakan ayat Kursi siap-siap sebab semalam saya live saya pitam. Jadi, hari ini siapa nak ‘buat’ kat saya, saya dah letak ayat Kursi lebih dahulu.
“Siapa nak buat ni percaya pada Tuhan. Saya letak dinding segala dinding,” katanya.
DSV perempuan pertama dan terakhir saya sentuh- Iqbal
Lelaki yang dikaitkan dengan episod percintaan bersama Datuk Seri Vida (DSV), Ahmad Iqbal Zulkefli menyifatkan usahawan kosmetik itu merupakan wanita pertama yang pernah disentuh olehnya.
Pengakuan itu dibuat Iqbal menerusi satu komen yang ditinggalkannya semasa DSV atau nama sebenarnya Hasmiza Othman membuat hantaran Live di laman Instagramnya semalam.
Bagaimanapun, ketika sesi Live itu, Iqbal dilihat hanya bermasam muka selain tidak menunjukkan reaksi gembira seperti yang ditonjolkan sebelum ini.
Ketika kejadian, komen yang ditinggalkan oleh Iqbal telah menarik perhatian ramai apabila menyebut tentang niat sebenarnya untuk memperisterikan Dato Seri Vida.
“DSV perempuan pertama dan terakhir yang saya sentuh, sebab itu saya fikir untuk berkahwin. Kalian fikir sebab harta tapi DSV tak tunjukkan keseriusan,” katanya.
Sementara itu, rata-rata orang ramai mempersoal tindakan Iqbal yang meninggalkan komen seperti itu, ini kerana kata-kata pemuda itu boleh mengundang fitnah kepada pasangan tersebut.
“Kita semua tak sempurna, masing-masing ada aib yang masih tertutup tapi apa-apa pun Iqbal tak patut komen macam itu, dalam live pula itu kesian DSV,” kata Ain Ismail.
“Sepatutnya aib korang berdua kenalah jaga, nampak sangat Iqbal ini bertindak ikut emosi, sesuka hati komen benda-benda yang boleh mendatangkan fitnah,” ujar Zuhair Zulkoplie.
“Kalau saya nak cakap lebih-lebih pun tak boleh sebab tak ada dalam situasi yang dilalui Iqbal, tapi kalau ikut logik akal dan ‘common sense’ tak perlu nak komen macam itu,” jelas Ahmad Haizal.
Sejak beberapa minggu yang lalu, hubungan di antara DSV dan Iqbal masih lagi menjadi tanda tanya.
Terdahulu, mereka berdua turut merancang untuk mendirikan rumah tangga pada Disember tahun ini tetapi hasrat itu terpaksa ditangguhkan susulan mendapat halangan daripada anak-anak DSV.
Sumber : GEMPAK / Kosmo Online
Leave a Reply