
Tindakan penyewa rumah teres dua tingkat di Tasek Mutiara di sini, yang meninggalkan dua ekor babi peliharaannya di kawasan rumah sebelum berpindah menimbulkan rasa tidak senang penduduk.
Tindakan itu menyebabkan kejiranan di kawasan perumahan elit berkenaan kurang senang selain membiarkan haiwan itu kelaparan tanpa makanan dan penjagaan.
Penduduk yang mahu dikenali sebagai Ima berkata, difahamkan babi berkenaan ditinggalkan sejak Jun dan perkara itu hanya disedari penduduk pada September lalu.
Katanya, bukan sahaja menimbulkan rasa kurang senang malah kebersihan kawasan sekitarnya juga diragui.
“Walaupun tidak bersetuju dengan tindakan memelihara babi di kediaman, jiran berhampiran terpaksa memberi makanan kerana kasihankan haiwan itu yang kelaparan.
“Aduan kepada pihak pengurusan perumahan berkenaan sudah dibuat bagi membolehkan tindakan lanjut diambil termasuk menghubungi pemilik rumah.
“Namun, sehingga hari ini haiwan berkenaan masih berada di perkarangan rumah berkenaan malah pihak pengurusan memberi alasan isu itu dalam pengetahuan mereka dan tindakan sedang dijalankan,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Beliau yang sudah dua tahun tinggal di situ berkata, pihak Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) juga sudah ke lokasi semalam selepas aduan dibuat.
“Difahamkan notis saman turut dikeluarkan kepada pemilik kediaman berkenaan dan pemilik rumah diberi tempoh tiga hari bagi memindahkan haiwan itu.
“Sekiranya masih tiada tindakan, kami memohon kepada MBSP memindahkan haiwan itu menggunakan peruntukan undang-undang sedia ada, bukan sahaja bagi kesejahteraan kejiranan tetapi kebaikan haiwan itu juga yang perlu dijaga.
Dua ekor babi peliharaan di rumah teres dua tingkat di Tasek Mutiara, di sini, dibiarkan kelaparan selepas penyewanya berpindah sejak Jun
VIDEO:
Sumber : BHARIAN ONLINE
Leave a Reply