
Penyanyi dan usahawan, Mila Jirin meluahkan rasa tidak puas hati mengenai ciapan Menteri Kesihatan YB Khairy Jamaluddin di Twitter berhubung isu majlis sosial di tempat tertutup mungkin antara sektor terakhir yang akan dibuka.
Terdahulu, YB Khairy Jamaluddin telah memuat naik satu ciapan mengenai isu majlis sosial dan beliau meluahkan rasa tidak yakin jika majlis sosial seperti majlis perkahwinan yang dibuat di tempat tertutup dibuka dalam masa terdekat.
Saya tidak yakin pada masa ini bahawa SOP dapat dilaksanakan dalam majlis perkahwinan yang diadakan secara besar-besaran di mana tetamu akan membuka pelitup muka mereka dan bercakap dengan mulut penuh dengan makanan.
Lihatlah bagaimana tingkah laku kita nanti setelah dibenarkan untuk rentas negeri.
Walau bagaimanapun, pemilik nama Norsyarmilla Jirin seolah mempertikaikan kebenaran untuk makan di restoran dan kemasukan warga asing di Malaysia, namun majlis sosial masih lagi tidak dibenarkan.
YB Menteri, majlis rasmi adakah tidak bercakap sambil makan? Di restoran adakah semua orang sekarang makan sambil guna pelitup muka? Adakah kebenaran kemasukan orang dari India, Sri Lanka, Pakistan, Bangladesh dan Nepal lagi selamat?
Sudah lebih setahun tidak beroperasi
Dalam pada itu, Mila turut menyatakan bahawa usahawan sektor sosial kecil sederhana seperti mereka sudah lebih setahun tidak dapat beroperasi seperti biasa dan mendakwa tidak ada kementerian yang ambil peduli mengenainya..
YB menteri, kami usahawan dalam sektor sosial kecil sederhana dan setahun lebih mati. Tak ada satu kementerian pun ambil peduli industri kami.
Ujarnya lagi, dia seperti memerli dengan mengatakan bahawa industri sepertinya tidak penting berbanding industri besar yang lain.
Oh saya lupa, industri kami tak penting macam industri pelancongan dan penerbangan. Mereka industri besar lebih perlu diberi keutamaan.
Terima kasih untuk info ini YB Menteri Khairy Jamaluddin. Ianya sangat membantu kami untuk buat keputusan. Siapa yang akan tutup terus, siapa yang mampu teruskan.
Sumber : mila_jirin IG via Oh Bulan
Leave a Reply