Selepas Timb Menteri Kesihatan Datang Melawat Remaja Yang Pitam Ambil Vaks1n. Ini Kata Kata Ibu Remaja Lelaki Tentang Apa Sebenar Terjadi

“Banyak cerita bukan-bukan yang muncul mengenai anak saya. Saya minta tolong hentikanlah sebar berita tidak benar itu kerana anak saya sihat, tiada apa-apa pun,” kata Ulfah Amat Idris, ibu kepada pelajar yang pengsan selepas menerima vaksin dos pertama di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Integrasi Encore, Klebang, di sini, semalam.

Menurutnya, apa yang lebih menyedihkan ada reka cerita anaknya, Muhammad Azim Hassan, 13, sudah meninggal dunia.

“Saya kecewa dengan penyebaran video berkenaan, ditambah pula membuat cerita yang salah serta bercanggah dengan apa yang berlaku.

“Ada yang mendakwa anak bongsu saya ini tidak bersarapan pagi sebelum menerima suntikan dan ada pula yang mendakwa anak saya hanya makan satu sudu saja pagi semalam, walhal sebelum pergi ke PPV, Muhammad Azim sudah bersarapan nasi lemak dua bungkus.

“Saya pun tak tahu siapa yang sebarkan cerita itu. Saya minta hentikanlah,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Kampung Bukit Duyong, di sini selepas menerima kunjungan Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali, hari ini.

TANGKAP layar rakaman video yang tular di media sosial. Video Ihsan Pembaca

Semalam, tular di media sosial satu video pendek berdurasi 36 saat yang memaparkan remaja berkenaan dipapah seorang lelaki dalam keadaan longlai selepas menerima suntikan vaksin.

Dia kemudian dibawa oleh anggota Rela bertugas masuk ke dalam PPV untuk menerima rawatan.

Mengulas lanjut, ibu kepada empat anak itu berkata, Muhammad Azim pengsan selepas menerima vaksin berkenaan kira-kira jam 11 pagi semalam adalah disebabkan terlalu takut.

Katanya, hasil pemeriksaan doktor juga mengesahkan keadaan kesihatannya baik, namun jantungnya berdegup agak laju.

“Tolonglah jangan sebarkan cerita yang bukan-bukan, malah saya juga tidak tahu siapa yang merakamkan video berkenaan sehingga menimbulkan pelbagai dakwaan mengenai vaksin.

“Tiga lagi anak saya berusia antara 17 hingga 21 tahun semua sihat selepas terima vaksin, cuma anak bongsu (Muhammad Azim) semalam sebelum vaksin dia cakap terlalu takut, tapi saya dan keluarga tetap memberinya semangat supaya tidak takut.

“Saya juga berterima kasih kepada semua pihak, termasuk pasukan keselamatan dan kesihatan yang membantu dalam kejadian semalam,” katanya.

TIMB MENTERI KESIHATAN DATANG MELAWAT

Timbalan Menteri Kesihatan 1, YB Dato’ Dr Noor Azmi Ghazali melawat dua kanak-kanak di Bukit Katil, Melaka, pada pagi ini.

Salah seorang daripada mereka dilaporkan rebah selepas menerima vaksin COVID-19 semalam dan rakaman video mereka telah tular di media sosial.

Dalam lawatan itu, Dr Noor Azmi yang juga Pengerusi Pasukan Bertindak Khas Imunisasi Remaja (CITF-A) turut membuat pemeriksaan kesihatan kepada dua kanak-kanak itu.

Dalam sidang media, Dr Noor Azmi menasihatkan ibu bapa atau penjaga memastikan anak mereka mendapat rehat secukupnya dan bersarapan atau makan sebelum menerima vaksin.

Kedua-dua kanak-kanak itu disahkan sihat dan tidak mengalami sebarang kesan sampingan yang serius.

Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan untuk Remaja (PICK-Remaja) mensasarkan untuk memberi vaksin lengkap kepada 3.2 juta remaja berumur 12 – 17 tahun sebelum sesi persekolahan 2022 dibuka atau sekurang-kurangnya 80% lengkap divaksin.

Selain Pfizer, Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) telah memberi kelulusan bersyarat kepada vaksin keluaran Sinovac untuk remaja berumur 12 tahun dan ke atas.

Sumber : HMETRO ONLINE

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*