
PUTRAJAYA: Terdapat perbezaan dalam pemberian dos vaksin ketiga dan dos penggalak.
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, dos ketiga diberikan kepada individu berisiko tinggi, manakala dos penggalak pula diberikan kepada semua individu untuk meningkatkan tahap imuniti yang mungkin menurun dalam tempoh tertentu.
“Keutamaan pemberian dos ketiga ini akan tertumpu kepada kumpulan yang berisiko tinggi terlebih dahulu seperti anggota barisan hadapan kesihatan, pesakit kurang daya tahan imun (immunocompromised), warga tua dengan komorbiditi dan individu yang tinggal atau bekerja di pusat jagaan jangka panjang (long-term care facilities).
“Dos ketiga ini dapat meningkatkan tahap imuniti dalam kalangan individu berisiko tinggi terhadap jangkitan COVID-19, di mana dos kedua tidak mencukupi untuk meningkatkan tindak balas imuniti terhadap jangkitan.
“Dos penggalak atau booster shot pula diberikan kepada semua individu untuk meningkatkan tahap imuniti yang mungkin menurun dalam tempoh tertentu selepas dos kedua,” katanya dalam sidang media di sini, hari ini.
Ketika ini, kerajaan sedang membangunkan garis panduan berkenaan pelaksanaan pemberian dos ketiga dan penggalak, dan ia dijangka bermula bulan depan selepas mendapatkan pandangan serta panduan klinikal dan selepas selesai pendaftaran dengan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA).
“Pfizer sudah hantar dosier untuk dos penggalak dan dos ketiga kepada NPRA, ia akan diluluskan secepat mungkin,” tambahnya.
Sementara itu, Khairy juga memaklumkan jarak masa untuk dos kedua bagi penerima vaksin AstraZeneca akan dipercepatkan bermula 1 Oktober ini.
“Kita akan memendekkan jarak masa dos kedua dari sembilan minggu kepada enam minggu, dan ini akan memudahkan penerima vaksin AstraZeneca,” katanya.
RESPOND NETIZEN TERHADAP KENYATAAN KJ
“Pentaksub vaksin pastinya merasa bangga dgn dos2 tambahan ini. Tak sabar nak suntik ya?”
“Ermmm…mmg kami sgt2 terharu dgn segala usaha kalian…kami redho dan patuh semuanya…alhamdulillah berkat pentadbiran kejaan islam ini…rakyat semua selamat…kalau harap ph….hurmmm…silap2 nk cucuk pun kena bayar…”
“Sy x faham..mksud imuniti menurun tu mcmna??..kira kita ambil vaksin ni mudarat LA kan..SBB lpas ambil utk tmpoh trtentu imuniti kita merosot..ni mudarat namanya..kkm kena prjelaskan perkara ni bgi org fhm yg x fhm sprti sy..”
Sumber : ASTRO AWANI
Leave a Reply