
Sejak beberapa hari lalu hangat diperkatakan apabila Rita Rudaini mendedahkan ada rakan industri cuba memfitnahnya mengatakan dia sedang menjalani penggambaran sedangkan belum mengambil vaksin.
Tidak melatah dengan fitnah itu, Rita berkata percaya bahawa rezeki di tangan Allah dan tidak kisah meskipun digugurkan dari senarai melakonkan drama 100 episod.
Susulan itu, Rita mengakui digugurkan oleh salah satu produksi sekaligus menjawab persoalan ramai mengenai kesahihan berkenaan berita digugurkan dari drama 100 episod.
Menurut Rita, dia mengakui digugurkan oleh salah satu produksi yang kuat mempromosikan vaksin di media sosial. Bagaimanapun, dia tidak kisah kerana Allah ada bersamanya.
“Ye memang saya digugurkan untuk 100 episod oleh satu production yang kuat promote vaksin 24/7 di media sosial kerana saya belum vaksin…takpe, bila saya mudahkan kerja mereka, moga Allah mudahkan kerja saya,” tulisnya.
Terdahulu, Rita berkata dia tidak kisah jika tidak mendapat job atau namanya digugurkan daripada mana-mana produksi disebabkan tidak mahu menerima vaksin kerana dia percaya dengan rezeki Tuhan.
Sumber : Rotikaya / Rita Rudaini
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.
Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
Leave a Reply