Micheal Ang Dedahkan Rakyat Akan Boleh Rentas Negeri Dalam Masa Terdekat. Dia Beritahu Mana Dia Dapat Info

Menerusi sesi live di Instagram semalam, pelakon dan pengarah terkenal tanah air iaitu Michael Ang mendakwa orang ramai akan dibenarkan merentas negeri pada hujung bulan ini.

Dafi bagitahu?

Semasa sesi live tersebut, Michael Ang memberi pesanan kepada semua agar patuh kepada SOP yang telah ditetapkan sekiranya pihak kerajaan memberi kebenaran buat rakyat untuk merentas negeri. Ujar Michael Ang, kebenaran tersebut mungkin diberikan kepada mereka yang sudah lengkap dua dos.

Walaupun perkara tersebut masih belum diumumkan kerajaan, Michael yakin ianya bakal dilaksanakan berdasarkan kenyataan ‘sumber’ rapat dirinya yang memaklumkan perkara tersebut.

Aku rasa hujung bulan ni dah boleh rentas negeri bagi mereka yang dua dos. Aku dapat tahu daripada sumber yang boleh dipercayai.

Kalau betul boleh, korang semua jangan pergi merayap bila dah balik kampung. Korang kata rindu emak, ayah, datuk, nenek dan keluarga dekat kampung.

Kalau kerajaan bagi kebenaran, jangan korang pergi merayap makan ikan bakar dan berhimpit-himpit dekat Jonker Street tu semua. Dah habis jumpa keluarga, balik terus semula.

Sebelum balik tu pastikan keluarga pun dah ambil vaksin, dua-dua belah pihak dah ada vaksin.

Menerusi live tersebut, rata-rata netizen mula mempersoalkan siapakah sumber utama yang memberitahu Michael Ang mengenai berita tersebut.

Netizen turut mendakwa Dafi sebagai sumber utama itu. Di samping itu, rata-rata netizen turut meluahkan rasa gembira seandainya kebenaran merentas negeri diberikan pada hujung bulan ini.

Sumber: Michael Ang via Oh Bulan

Pakar saran kerajaan benar rentas negeri

SUDAH tiba masanya kerajaan mempertimbangkan kelonggaran bagi perjalanan rentas negeri dan aktiviti pelancongan. FOTO BERNAMA

Kelonggaran pergerakan wajar diberi memandangkan negara sudah mencapai liputan imunisasi yang tinggi iaitu mencecah 60 peratus populasi dewasa.

Presiden Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia, Datuk Dr Zainal Ariffin Omar berkata, sudah tiba masanya kerajaan mempertimbangkan kelonggaran bagi perjalanan rentas negeri dan aktiviti pelancongan.

Bagaimanapun, katanya, kelonggaran itu perlu terhad dalam kalangan individu yang sudah menerima suntikan vaksinasi lengkap.

“Kalau nak rentas negeri kerana mahu pulang ke kampung untuk menziarahi orang tua bolehlah, tapi pastikan orang tua kita juga sudah divaksinasi.

“Ini kerana risiko untuk dia menjangkiti ahli keluarga yang belum divaksin itu masih ada. Sekarang ini liputan imunisasi sudah tinggi jadi tiada sebab lagi untuk seseorang itu tidak mendapat vaksin.

“Namun aktiviti sosial seperti penganjuran majlis atau kenduri yang membabitkan orang ramai berkumpul perlu dielakkan,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, hari ini.

Beliau mengulas mengenai kerajaan dijangka memberi lebih banyak kelonggaran termasuk pergerakan rentas negeri dalam tempoh terdekat.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin dilaporkan berkata, perbincangan berhubung kelonggaran SOP giat dibuat, bersandarkan fakta sains dan petunjuk semasa.

Beliau juga dilaporkan berkata, kerajaan akan meningkatkan kadar pemberian vaksin di negeri yang masih merekodkan liputan bawah paras 60 peratus.

Mengulas lanjut, Dr Zainal berkata, kerajaan juga boleh mempertimbangkan memberi kelonggaran bagi aktiviti pelancongan tertentu, namun dengan SOP yang ditetapkan.

Katanya, individu lengkap vaksin perlu terus mengikut prosedur operasi standard (SOP) seperti memakai pelitup muka di tempat awam dan menjaga jarak fizikal, maka kes baharu tidak akan meningkat.

Sumber : HMETRO ONLINE

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*