
SAHABAT Rasulullah SAW, Abu Hurairah ada memberitahu bahawa Rasulullah SAW pernah suatu ketika bersabda: “Demi Allah, sesungguhnya orang yang membawa seberkas kayu di atas belakangnya adalah lebih baik daripada dia meminta-minta daripada orang lain sama ada diberi ataupun tidak.” (Hadis Riwayat Imam Bukhari dan Muslim)
Hadis itu isyarat jelas dan boleh dijadikan motivasi buat umat Islam supaya giat bekerja mencari sumber rezeki untuk keperluan hidup.
Penegasan Rasulullah SAW menerusi sabdanya itu turut memberikan makna bahawa Islam tidak menggalakkan umatnya meminta-minta dalam menampung keperluan hidup.
Islam amat menyanjung tinggi keringat yang dicurahkan bagi setiap pekerjaan yang ditekuni secara halal di sisi syarak.
Apapun pekerjaan yang dilakukan sama da besar atau kecil mestilah tertakluk kepada hukum syarak serta hukum halal dan haramnya.
Kehalalan sesuatu pekerjaan itu wajib dijadikan pasak utama supaya setiap sen yang diperoleh adalah sah di sisi agama.
Sebab itulah Rasulullah SAW pernah mengajar umatnya supaya memanjatkan doa kepada Allah supaya kita dikurniakan sumber rezeki yang cukup dan halal.
Rider Foodpanda Laung Azan
Seorang individu bernama Ar Rauf telah memuat naik 1 video dimana ketika beliau sedang berkerja sebagai penghantar makanan Food Panda melaungkan azan di surau.
Lokasi surau itu tidak dapat dikenalpasti. Video yang berdurasi 3 minit 29 saat itu telah mendapat pujian netizen.
“Sementara tunggu order kebetulan masuk waktu dan dapat peluang untuk mengalunkan azan.teegur jika ada kesilapan” – Ar Rauf
VIDEO:
KOMEN NETIZEN:
“Sedap suara Rauf”
“Alhamdulillah..semoga sentiasa dirahmati dan diberkati Allah selalu. Aamiin”
“Anak dara tok iman intai kot birai la macam ni”
Sumber : FB Ar Rauf / Hmetro Online
Artikel: AwatttSyeikhh Network
Leave a Reply