
Proses pengkreditan Fasa 1 Bantuan Khas Covid-19 (BKC) akan bermula 6 September ini dan dijangka selesai pada 10 September, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Menurutnya, beliau mengambil maklum isu kelewatan pembayaran BKC dan mengarahkan Kementerian Kewangan menyegerakan pembayaran itu yang membabitkan dana RM3.1 bilion.
“Hari ini dana berjumlah RM3.1 bilion telah disalurkan kepada institusi perbankan yang berkaitan dan proses pengkreditan fasa satu akan bermula 6 September.
“BKC akan memanfaatkan seramai 10 juta penerima yang terdiri daripada kategori miskin tegar, golongan B40 dan M40 serta bujang yang berkelayakan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Ismail Sabri berkata, BKC adalah sebahagian daripada inisiatif Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (Pemulih), selain bayaran tambahan kepada pakej rangsangan ekonomi.
“Pembayaran seterusnya akan dilaksanakan mengikut jadual yang telah ditetapkan,” katanya.
Pada 28 Jun 2021, kerajaan mengumumkan Pakej Pemulih sebagai antara inisiatif pemberian bantuan menyeluruh kepada rakyat dalam mengharungi kesan akibat pandemik Covid-19.
Menurutnya, beliau berharap pembayaran PKC sedikit sebanyak mampu meringankan beban rakyat yang terkesan akibat Covid-19 dan kerajaan akan terus komited memastikan kesejahteraan Keluarga Malaysia terutama kumpulan sasar.
Sumber : HMETRO ONLINE
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.
Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
Leave a Reply