Pingat Emas Paralimpik, Ziyad Zolkefli Dibatalkan Kerana ‘Lambat’. Punca Sebenar Didedahkan

“Kenapa pulak ni? Ziyad Zolkefli tetap juara kami!”

Demikian perkongsian bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai nasib Ziyad Zolkefli yang menggegar Sukan Paralimpik Tokyo 2020 apabila mempertahankan pingat emas lontar peluru F20 (masalah pembelajaran) bersama rekod baharu dunia sebentar tadi.

Bagaimanapun persoalan timbul sama ada kemenangan itu disahkan atau dibatalkan.

Pihak Paralimpik Tokyo 2020 mengesahkan pingat Emas yang diraih oleh Ziyad Zolkefli telah ditarik semula dan diberikan kepada atlet Ukrain, Maksym Koval selepas diprotes.

Penyertaan Ziyad dibatalkan dalam acara lontar peluru lelaki F20 sebentar tadi dan dikategorikan sebagai do not start (DNS). Ziyad diprotes atlet Ukrain yang mengatakan jaguh lontar peluru negara itu lambat memasuki call room sebelum acara dimulai.

PUNCA DIBATALKAN PINGAT EMAS

Memetik laporan Astro Arena, atlet yang terlambat memasuki call room tidak dibenarkan bertanding sama sekali sebelum saingan dimulai.

Menurut Astro Arena, situasi yang dihadapi Ziyad sangat berbeza apabila atlet Malaysia ini telahpun menamatkan saingan dan telah dinyatakan juara.

Tidak tinggal diam akan hal ini, sekretariat Malaysia di Tokyo membuat bantahan secara rasmi kepada penganjur ekoran penarikan pingat emas Ziyad sebentar tadi.

Dalam pada itu, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dalam kenyataan ringkas di dalam laman sosial Facebooknya berkata, perkara berkenaan masih dalam perbincangan antara Technical Delegate dengan tiga negara yang counter protes Ukraine iaitu Malaysia, Australia dan Ecuador.

VIDEO:

Sumber :Siakap Keli / Utusan Online

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*