
Pelakon Mawar Rashid mengakui berasa sebak apabila suami tercinta, Raf Yaakob sanggup keluar selama tiga hari demi menuntut ilmu agama.
Bagaimanapun, Mawar, 26, meluahkan rasa syukur kerana suaminya antara insan yang terpilih untuk mengikuti sesi keagamaan.
Pemilik nama Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid turut mengucapkan terima kasih kepada pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew kerana menjemput suaminya untuk turut sama sertai.
Bagusnya abang, saya sangat bangga dengan abang. Hari ini rasa sebak, bersyukur serta terharu hubby Mawar keluar tiga hari menuntut ilmu agama Islam.
Terima kasih ustaz Ebit Lew kerana menjemput suami Mawar ke tempat menuntut ilmu.
Dalam pada itu, pelakon drama TQ Captain mendedahkan adik kepada cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob pernah menyatakan tujuan dia pergi menuntut adalah untuk membimbing keluarga ke jalan Allah.
Ingat lagi abang cakap, ‘apa sahaja untuk menambah baikkan keluarga abang serta untuk pahala dunia akhirat, abang akan pergi Anje. Abang nak bimbing keluarga ke jalan Allah’.
Syukur Alhamdulillah Ya Allah, kerana suami Mawar antara yang terpilih untuk lebih mendekatiMu dan Rasulullah.
Suami Mawar Beritahu Kenapa Dia Keluar
Ini kata kata Raf Yaakob ..
Alhamdulillah. JazakALLAH pihak Kosmo. Izinkan Raf huraikan dengan lebih tepat.
Mendidik isteri, anak2 dan keluarga dengan agama Islam sememangnya lah wajib. Para suami digalakkan untuk menambah ilmu2 agama demi kebahagian rumahtangga.
Pengertian berdakwah bagi Raf bukanlah bermakna kita tinggalkan tanggungjawab sebagai bapa, suami dan anak. Berdakwah bukan bermakna kita tinggalkan perniagaan. Berdakwah bukan juga bermakna kita tinggalkan dunia lakonan, hosting, sukan dan sebagainya. Semua itu masih boleh diteruskan.
Islam itu indah. Islam itu mudah. Dalam menjalani kehidupan seharian, disamping kita amalkan sunah2 Rasulullah SAW, kita lakukan juga dakwah pada masa yang sama. Kita menceritakan kebesaran Allah Swt pada orang ramai.
Kita ceritakan kisah2 Nabi dan Rasul pada mereka. Kita tanamkan sifat mahu mengenali Allah Swt dengan lebih mendalam. Kita tanamkan sifat rindu dan sayang yang teramat buat Allah Swt dan Nabi Muhammad SAW. Kita ajak manusia untuk berbuat baik serta menghindarkan mereka dari perbuatan yang tak baik.
Secara tak langsung, kita hanya menyambung apa yang Rasulullah SAW jalankan pada masa dahulu, iaitu menyebarkan agama Islam. Melalui dakwah ini, ajaran agama Islam dapat tersebar dan diterima oleh manusia di seluruh dunia. Insyaa’ALLAH, dengan izinNya. Aamiin.
لآ اِلَهَ اِلّا اللّهُ مُحَمَّدٌ رَسُوُل اللّهِ
Tiada tuhan selain Allah, Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.
Terdahulu, Mawar mendirikan rumah tangga dengan Raf pada 9 November 2017. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua cahaya mata, Raden Muhammad Rafael dan Raden Seri Rosabella Cinta serta memiliki dua lagi anak tiri.
Sumber: Instagram @mawarashid
Leave a Reply