
Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Ibrahim sedang mencari penyanyi lagu parodi, Mohd Nur Azman Naim, 36, yang kerap menyanyi lagu-lagu Melayu dalam media sosial dengan lirik yang diubah mengikut isu semasa.
Menerusi satu perkongsian TMJ dalam Instagramnya, Tunku Ismail memaklumkan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menitahkan baginda mencari pemilik akaun tersebut kerana parodi lagu lelaki itu mendapat perhatian Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.
Bagaimanapun kata TMJ, penyanyi tersebut dicari bukan atas sebab yang tidak baik tetapi susulan sebuah video nyanyian semula My Way dendangan Frank Sinatra yang dimuat naik individu terbabit dalam Instagram.
TMJ turut memuji perkongsian Azman Naim dalam Instagram dan memuat naik kembali salah satu video di Instagram dengan kapsyen ‘First Class’.
Respond Azman Naim Bila Dipanggil ‘Mengadap’ Sultan Johor
Menyedari TMJ sedang mencarinya, Azman Naim turut memberikan maklum balas dengan menulis ‘Menjunjung Kasih Tuanku’ dalam Facebooknya.
Sumber : Sinar Harian / FB Azman Naim 44 Mantra
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.
Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
Leave a Reply