Bomba Dapat Panggilan Kecemasan Yang Dikatakan Ada Ular Di Dapur, Tapi Ini Yang Anggota Bomba Jumpa

Alor Setar: Ketam nipah. Itu yang ditemukan pasukan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Setar selepas menjalankan pemeriksaan di sebuah rumah di Alor Janggus, di sini, pagi tadi.

Ketua BBP Alor Setar, Ahmad Naufal Abdullah berkata, pada jam 10.02 pagi, pihaknya menerima panggilan kecemasan khidmat khas ancaman ular di lokasi kejadian.

Beliau berkata, sepasukan anggota dengan sebuah jentera diketuai Zulkifle Mat Esa tiba di lokasi jam 10.18 pagi.

“Setibanya di lokasi, anggota kami melakukan pemantauan serta pencarian di kawasan yang dilaporkan iaitu di dapur.

“Ketika itu terdapat benda bergerak di bahagian rak pinggan mangkuk,” katanya ketika dihubungi hari ini.

ANGGOTA bomba menunjukkan ketam nipah yang disangka ular. FOTO ihsan bomba

Ahmad Naufal berkata, namun hasil pencarian yang dilakukan mendapati ia hanyalah seekor ketam nipah yang terlepas.

Beliau berkata, operasi tamat pada jam 10.29 pagi.

KOMEN NETIZEN:

“Blh buat masak lemak la nampak ny .ketam2 mai la umah kami”

“Tengok dlm page bomba alor star pagi tdd kes ni.. nak tergelak pun ada.. tapi stedy ja abg2 bomba.. tugas hakiki.. Bomba Alor Setar”

“Kesian ketam Kena ikat..harap pencinta haiwan ambik tindakkan cepat.. Nanti bahan bukti masuk dalam megi”

Sumber : HMETRO ONLINE

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*