
Orang ramai meluahkan rasa lega selepas seorang jururawat berkongsi sebuah video memaparkan keadaan terkini di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) Taman Ekspo Pertanian Malaysia (Maeps).
Berbeza dengan keadaan sebelum ini di mana hampir semua katil diduduki pesakit Covid-19, kini PKRC tersebut kelihatan tidak sesak selain terdapat banyak katil-katil yang kosong.
Perkongsian video tersebut di laman Instagram jururawat yang dikenali sebagai Ekinnadzli itu turut tular di media sosial dengan rata-rata netizen mendoakan agar keadaan itu berterusan.
“Alhamdulillah. Sejujurnya rindu sangat tempat ini. Tapi benci sangat virus Covid-19 tu, terima kasih frontliner yang banyak berjasa. Tak terbalas rasanya,” kata seorang pengguna Instagram, nrlyla.
“Semoga semua yang dalam kesakitan dan kepayahan diberikan kemudahan dan kesembuhan yang baik tanpa mudarat dengan izin-Nya,” kata Sue Sumie.
“Didoakan semoga semua kuat cepat sembuh sihat dan dapat kembali ke pangkuan keluarga,” kata Aya Aziz.
Sehingga kini, video tersebut telah ditonton lebih 10,000 tontonan.
Terdahulu, Maeps kali pertama diaktifkan sebagai PKRC pada 16 April dan ditutup 15 Julai tahun lalu.
Bagaimanapun, pada 9 December lalu, kerajaan memutuskan untuk mengaktifkan semula Maeps sebagai PKRC susulan peningkatan kes Covid-19.
Tanya Doktor Betul Ke Maeps Kosong
Tular di media sosial sekeping gambar menunjukkan Pusat Kuarantin atau PKRC di Maeps, Serdang banyak katil kosong.
Seorang individu ini telah tanyakan kesahihan gambar tersebut kepada doktor yang berkemungkinan bertugas di Maeps.
Gambar ini telah dimuatnaik di laman Facebook Public Health Malaysia.
Masih terlalu awal untuk meraikan kemenangan… tetapi dengan sokongan semua, insyallah ada nampak sinar dihujung terowong ??
Terima kasih pada anda yang menjaga SOP dan mengambil usaha untuk perlindungan. Kita hanya berusaha dan bertawakal, moga ia menjadi asbab untuk kita kembali hidup normal seperti dahulu – Public Health Malaysia
Sumber : Kosmo Online / FB Public Health Malaysia
Leave a Reply