Ebit Lew Pergi Ke Rumah Bekas Imam Di Yan, Kedah Umur 90 Tahun Selepas Banj1r Dan Apa Yang Ebit Nampak Memang Buat Dia Terkejut

Pendakwah bebas, Ebit Lew meneruskan misi bantuan dan ziarah penduduk di Yan, Kedah yang dilanda banjir teruk.

Ebit menerusi perkongsian di Facebooknya tadi berkata, dia bersama pasukannya menziarahi rumah bekas imam berusia 90an bagi memberi sedikit sumbangan dan kata-kata semangat.

“Kami ziarah rumah mantan Imam berumur 90an yang hilang dibawa air. Beri sedikit kata semangat dan doa serta sedikit sumbangan buat isterinya dan ahli keluarga.

Allah Lindung Rumah Imam Ini

“Sayu dengar Imam ini tak boleh bangun. Keluarga yang mandikan dan uruskannya. Rumah ini masih selamat asbab Allah lindung dengan pokok besar. Jika tak langsung tiada tempat berpaut dan lain-lain. Dengar anak kecil cucunya bersangkut dekat dahan,” katanya hari ini.

Ebit turut memberitahu, pasukannya itu diiringi oleh ahli jawatan kuasa (AJK) Masjid Jamek Yan, Kedah selain turut berterima kasih kepada pihak kerajaan dan semua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta penduduk yang saling bantu-membantu.

“Semoga Allah beri pahala syahid buatnya. Allah beri kekuatan buat ahli keluarganya. Semoga Allah beri ketabahan buat penduduk di sini. Kami bersama Masjid Jamek Yan dan Masjid di sini.

“Terima kasih AJK masjid di Yan. Terima kasih pihak kerajaan dan semua NGO dan penduduk kampung yang saling bantu membantu,” ujarnya.

Sumber : Kosmo Online

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*