
“Selepas air ban.jir surut, saya ternampak ma.yat seorang lelaki tersangkut pada pokok pisang hadapan rumah dan segera menghubungi polis,” kata Mohd Nasir Shuib, 41.
Dia yang tinggal di Kampung Setoi, di sini berkata, menemui ma.yat lelaki itu dalam keadaan tidak sempurna berkemungkinan akibat dihempap balak, kira-kira jam 5.30 petang.
Katanya, polis tiba sebaik dihubungi dan segera membawa ma.yat berkenaan ke hospital untuk tindakan lanjut.
Mengenai ban.jir kilat, ceritanya, ia berlaku secara tiba-tiba dan mula disedari pada 4 petang apabila melihat air sungai melimpah.
“Saya pelik tengok paras air sungai naik disusuli bunyi arus yang kuat dan tidak lama kemudian air naik mendadak dan mengalir laju bersama kayu balak di depan rumah saya.
“Suasana bertukar kelam-kabut dengan jeritan penduduk kampung yang tinggal berhampiran sungai meminta tolong,” katanya.
Mohd Nasir berkata, dia bersyukur sempat menyelamatkan semua lima anaknya dan membawa mereka keluar sebelum keadaan lebih buruk.
“Air bercampur pasir masuk ke dalam rumah dan ini kali pertama kejadian seumpama ini berlaku di kampung ini,” katanya.
Lima kampung terjejas akibat kepala air Gunung Jerai
Lebih 20 rumah penduduk di lima kampung sekitar Gurun dan Merbok dilanda ban.jir kilat kesan fenomena kepala air yang bermula di Gunung Jerai, hari ini.
Kampung terbabit adalah Kampung Baru, Kampung Sungai Badak dan Kampung Sungai Kunyit Atas di Gurun; manakala Kampung Tandop Batu dan Kampung Sungai Batu di Merbok.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Kuala Muda, Kapten Azahar Ahmad berkata, setakat ini dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka di dua mukim berkenaan demi keselamatan penduduk.
Katanya, setakat 8 malam, 27 mangsa daripada tujuh keluarga yang terjejas sudah dipindahkan ke PPS.
“Hujan lebat dan arus sungai menyebabkan ban.jir kilat sedalam 1.5 meter melanda kawasan kampung, tetapi ia sudah semakin surut sekarang dan hujan renyai.
“Anggota APM (Angkatan Pertahanan Awam) masih melakukan pemantauan di kawasan kampung untuk memastikan penduduk dalam keadaan selamat,” katanya dalam kenyataan.
Azhar berkata, hujan lebat lebih sejam turut menyebabkan limpahan Sungai Merbok dan sekitar Tadahan Air Tupah, Gunung Jerai.
Sumber : HMETRO ONLINE
Leave a Reply