Selepas Muhyiddin Yassin Berhenti Jadi Perdana Menteri, Ini Yang Terjadi Pada Akaun Anak Perempuan Beliau, Najwa

Ruangan akaun Instagram penyanyi anak kepada bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Najwa Mahiaddin dihujani dengan komen-komen apresiasi daripada peminat.

Rata-ratanya melayangkan doa dan menzahirkan ucapan terima kasih atas sumbangan bakti serta khidmat Muhyiddin sepanjang bergelar Perdana Menteri.

Di kesempatan sama juga, ada yang meminta Najwa agar menghasilkan lagu khas tribut buat bapanya yang bersusah payah menjaga negara tercinta.

Peminat Minta Najwa Mahiaddin Ciptakan Lagu Untuk Abah, ‘Payung’ Ucapan Penghargaan Di Ruang Komen

Malaysia's political crisis: PM Muhyiddin Yassin finally quits, but question mark over successor remains | South China Morning Post

“You dad is great, may Allah bless your family.

“Najwa saya cuma nak cakap bestnya ada abah macam TSMY. Dia PM terbaik kami.

“Sampaikan dekat abah kami, terima kasih. Abah jangan risau, saya tetap dengan abah. Kekal bertenang juga ya abah.

“Tolong sampaikan dekat abah kami sayangkan dia sangat-sangat. Jangan stress jangan down walaupun dah letak jawatan. Jasa dia kami kenang sampai ke mati.

“Hi, Boleh tak cipta satu lagu untuk bapa kamu nanti,” tulis sebahagian peminatnya di Instagram.

Bagaimanapun, Najwa masih membeku dan tidak pernah membalas sebarang komen yang ditulis peminat di laman media sosialnya sejak sekian lama.

Kali terakhir pun Najwa mengemaskini akaun Instagramnya pada Januari tahun ini untuk mempromosikan lagunya.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Isnin telah meletakkan jawatannya dan peletakan jawatan itu diperkenankan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Susulan peletakan jawatan ini, Baginda berkenan supaya Muhyiddin menjalankan tugas sebagai caretaker Perdana Menteri sehingga Perdana Menteri baharu dilantik.

Sumber : GEMPAK

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*