
“Saya rasa dunia ini macam sesepi-sepinya,”.
Itu kata bapa kepada penyanyi, Allahyarham Siti Sarah, Raissuddin Hamzah berkongsi detik-detik dimaklumkan mengenai pemergian anaknya yang meninggal dunia akibat Covid-19.
Raissuddin yang turut serta dalam majlis tahlil dan bacaan Yassin untuk anaknya berkata, dia hilang kata-kata apabila dimaklumkan oleh menantunya, Shuib.
“Shuib datang berjumpa saya. Dia datang dengan senyuman. Dia melutut di depan saya dan dia kata, Siti dah tak ada.
“Apabila berlakunya perkara ini, saya tak berkata apa-apa. Saya tak tahu nak kata apa,” katanya.
Dia yang menamatkan proses kuarantin kendiri pada hari ini reda dengan ketentuan Allah.
“Apa yang berlaku adalah satu ketentuan yang ditetapkan oleh Allah. Bukan rancangan kita atau sesiapa. Ini yang dikatakan takdir,” katanya.
Raissuddin juga memohon agar semua mendoakan kesejahteraan anaknya.
“Marilah kita sama-sama doakan dia. Doakan agar dia tenang di sana. Kita cuma hanya dapat mengenang, tapi dia takkan kembali,” katanya.
Tak pernah lawan cakap saya
Dalam pada itu, penyanyi era 80-an menyatakan Siti Sarah adalah seorang anak yang manja dan taat dengan orang tuanya.
Katanya lagi, sehari sebelum anaknya dikerjakan ke hospital, mereka sempat berpegangan tangan namun tidak berkata apa-apa.
Dia seorang anak yang sangat baik dan tak pernah membantah serta melawan cakap saya.
Arwah juga seorang yang manja dengan saya….banyak kenangan manis kami bersama sepanjang 37 tahun hidupnya.
Sehari sebelum dia pergi ke hospital, kami saling berpegangan tangan tetapi tidak berkata apa-apa.
Raissuddin ditemui ketika majlis bacaan tahlil buat Allahyarham Siti Sarah yang diadakan secara maya pada malam Selasa.
Raissuddin yang cukup akrab dengan Shuib baru sahaja selesai menjalani kuarantin, semalam.
Tahap Oksigen Abang Siti Sarah Rendah, Shuib Mohon Doa
Pelawak dan usahawan Shuib, 36, mendedahkan abang kepada penyanyi Siti Sarah iaitu Ahmad Firdaus Raissuddin telah dimasukkan ke Hospital Serdang, Selangor.
Tahap oksigen rendah
Menurut Shuib, tahap oksigen abang iparnya menurun justeru dia memohon agar orang ramai terus mendoakan kesembuhan beliau.
Bila saya dapat tahu tahap oksigen dia, saya terus suruh pergi ke hospital. Saya dah jadi fobia.
Abang ipar saya sekarang berada di Hospital Serdang. Ini hari kelapan dia kuarantin. Tahap oksigen dia drop tapi alhamdulillah stabil.
Saya mohon orang ramai doakan kesembuhan dia. Tolong doakan abang ipar saya terus kuat.
Perkara itu dimaklumkan Shuib selepas selesai majlis tahlil buat Allahyarham isterinya, sebentar tadi.
Kali pertama jumpa Ayash Affan
Dalam pada itu, pemilik nama Shahmira Muhamad turut meluahkan rasa gembira dan teruja apabila bakal bertemu dengan anak keempatnya, Ayash Affan buat kali pertama pada Rabu.
Saya tak sabar nak jumpa, nak pegang dia.. tapi dalam masa yang sama saya sangat sedih sebab ibu dia tak sempat jumpa dia.
Dia (Siti Sarah) gadaikan nyawa dia untuk selamatkan anak kami.
Pada Jumaat lalu, Siti Sarah melahirkan bayi lelaki, Ayash Affan melalui pembedahan tanpa sedar, jam 5 petang.
Pada hari sama, paras oksigen jatuh sehingga 40 peratus, kemudiannya meningkat 77 peratus pada jam 2 pagi, dan terus menunjukkan perkembangan positif meningkat sehingga 85 peratus kelmarin namun pada Ahad malam Shuib memberitahu keadaan Sarah kembali kritikal selepas menurun 40 peratus.
Siti Sarah telah menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM (HCTM) akibat pandemik COVID-19, jam 5.13 pagi Isnin.
Siti Sarah sekeluarga disahkan positif Covid-19 sejak 25 Julai lalu selepas mereka menjalani ujian saringan apabila pembantu rumah disahkan positif wabak itu.
Siti Sarah dan Shuib berkahwin pada 2011 dan mendapat tiga cahaya mata lain iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6.
Sumber: Facebook @AhmadFirdousRaissuddin via Oh Bulan
Leave a Reply