Shuib Beritahu Permintaan Arwahh Sekiranya Dia ‘Pergi’ Dulu

Pelawak popular, Shuib Sepahtu, 37, sempat membuat panggilan video buat terakhir ketika arw.ah isterinya, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin, 36, sedang nazak di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM (HCTM), semalam.

Shuib berkata, dia dan tiga cahaya mata, Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6, dapat melihat air mata berjuraian di pipi ar.wah ketika mereka membuat panggilan video, seolah-olah memahami apa yang diungkapkan.

“Dengan bantuan jururawat dan doktor, saya membuat panggilan video, itulah kali terakhir saya dan anak-anak dapat menatap wajah arw.ah ketika masih bernyawa.

“Ketika itu, saya nampak air mata berlinangan di pipinya, seolah-olah memahami apa yang kami bualkan dengannya.

“Saya sempat ke hospital selepas anak-anak tidur dan selesai majlis bacaan Yassin dan doa selamat, malam tadi.

Shuib reda atas pemergian Allahyarham Siti Sarah, namun berdepan cabaran memaklumkan kepada anak-anak. - Foto Zaidi Mohamad

“Bagaimanapun, saya tidak dibenarkan bertemu ar.wah. Saya kemudiannya berpatah balik ke rumah,” katanya kepada BH Online ketika ditemui di kaunter bilik jenzah HCTM, sebenar tadi.

Shuib berkata, dia reda atas pemergian arw.ah isterinya.

“Cuma, cabaran saya untuk memaklumkan kepada tiga cahaya mata mengenai ketiadaan arw.ah ibunya,” katanya.

Katanya, jenzah ar.wah isterinya akan ditayammum dan disolatkan di hospital berkenaan kira-kira jam 10 pagi.

KENAPA AR.WAH MINTA KEBUMI DI SITU

Shuib dan tiga cahaya mata sempat membuat panggilan video terakhir ketika Allahyarham Siti Sarah nazak, semalam. - Foto IG Shuib Sepahtu

“Jenazh arw.ah akan dikebumikan bersebelahan ku.bur arw.ah ibunya di Tanah Perku.buran Islam, Kampung Sungai Pusu, Gombak, jam 12 tengah hari ini.

“Arw.ah memang minta dikebumikan di sebelah ku.bur ar.wah ibunya.

“Jika berbual soal kematian, arw.ah ada menyebut keinginan disemadikan di sebelah ku.bur arw.ah ibunya,” katanya.

Kelihatan tenang ketika ditemui, Shuib berkata, dia berjanji akan menjaga empat cahaya mata hasil perkongsian hidupnya dengan arw.ah dengan baik.

“Ar.wah menghadiahkan saya dengan kehadiran Ayash Affan yang lahir pada Jumaat lalu. Arw.ah bergelut untuk menyelamatkan anak kami. Nyata, Allah lebih menyayanginya.

“Nama Ayash Affan itu sendiri menjadi pilihan ar.wah kerana menurut pembacaannya, nama berkenaan mengenai seorang pejuang di Wilayah Gaza,” katanya.

Allahyarham Siti Sarah menghembuskan nafas terakhir di ICU, HCTM akibat COVID-19, jam 5.13 pagi ini.

Pemergian penyanyi lagu Semakin itu disahkan oleh Shuib sendiri laman Instagram (IG).

Terdahulu, ibu kepada empat cahaya mata itu berada dalam keadaan koma selepas dan bertarung nyawa akibat COVID-19 selepas lebih 48 jam ditidurkan.

Siti Sarah terpaksa ditidurkan dan melahirkan bayi lelaki, Ayash Affan melalui pembedahan tanpa sedar, jam 5 petang pada Jumaat lalu.

Pada Jumaat lalu, paras oksigen jatuh sehingga 40 peratus, kemudiannya meningkat 77 peratus pada jam 2 pagi, namun menunjukkan perkembangan positif meningkat sehingga 85 peratus, kelmarin.

Pada 27 Julai lalu, Siti Sarah mengesahkan dirinya dan keluarga positif COVID-19.

Selain Siti Sarah dan suami, Shuib serta tiga cahaya mata, Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6, disahkan positif.

Bagaimanapun, Shuib bersama anak-anak disahkan negatif selepas melakukan kuarantin kendiri selama 14 hari.

Sumber : BHARIAN ONLINE

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*