Isteri Tertekan Kerana Diceraikan Suami Dan Tinggalkan Anak Anak Masih Kecil. Sekali Suami Dia Tampil Dedahkan Perkara Yang Ramai Tak Sangka

Sebelum ini tular kisah sedih seorang wanita yang baru 13 hari berpantang diceraikan oleh suaminya gara-gara menegur si suami membiarkan buku temu janji klinik anaknya terkoyak.

Terbaharu, suami kepada wanita berkenaan telah tampil menjelaskan perkara sebenar dan mendakwa dia menceraikan isterinya kerana si isteri kerap naik tangan apabila mereka bergaduh.

Dah lama bersabar dengan sikap isteri

Lelaki berusia 30-an itu telah menafikan dakwaan yang mengatakan dia menceraikan isterinya hanya disebabkan oleh buku klinik anaknya yang terkoyak itu. Malah dia turut menjelaskan bahawa sebenarnya dia telah lama bersabar dengan sikap isterinya itu.

Sebenarnya pergaduhan saya dengan bekas isteri berlaku selepas isteri marah apabila buku temu janji klinik anak kami koyak dan mengugut mahu mencederakan saya.

Bagi saya itu sudah melampau kerana sebelum ini saya bersabar dengan sikapnya yang akan memukul dan mencederakan saya bila kami gaduh.

Ujarnya, ketika itu dia sudah tidak tahan lagi dengan apa yang telah terjadi dan mengambil keputusan untuk menceraikan bekas isterinya.

Pernah bercerai sebelum ini

Walau bagaimanapun, lelaki berkenaan turut mengakui bahawa mereka pernah bercerai sejak dua tahun lalu dan kemudiannya dirujuk semula atas permintaan isterinya.

Sepanjang jadi suami, saya tak pernah abaikan tanggungjawab saya. Saya tetap sayangkan anak-anak.

Susulan daripada itu, dia berharap agar masyarakat dapat berhenti dari membuat sebarang spekulasi serta menghukum dirinya.

Sumber : Kosmo via Oh Bulan

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*