Media Beritahu ‘Bapa Ayam’ Adalah Peserta Tempat Kedua Maharaja Lawak Mega. Ini Senarai Pemenang Bagi Semua MaharajaLawak Mega

SEORANG pelawak yang popular menerusi rancangan Maharaja Lawak direman empat hari bagi membantu siasatan polis atas dakwaan kes pemerdagangan manusia di sebuah hotel di Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Peserta berkenaan pernah mendapat gelaran naib juara dalam pertandingan Maharaja Lawak Mega yang disertainya secara berkumpulan.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani, lelaki berusia 40-an itu ditahan dalam serbuan Ops Pintas dilakukan kira-kira jam 10 pagi, Ahad lalu.

Dalam insiden tersebut, polis berjaya menyelamatkan seorang wanita berketurunan Melanau daripada menjadi mang.sa pemerdagangan orang bagi tujuan eksploitasi s3ks.

“Mangsa telah mendapat perintah perlindungan sementara dan ditempatkan di sebuah rumah perlindungan di Johor.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 12 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 yang memperuntukkan huku.man pen.jara tempoh tidak melebihi 15 tahun dan boleh dikenakan denda,” kata Amran.

Hasil pemeriksaan pihak polis merampas sebuah kereta jenis Perodua Axia, beberapa bungkusan kon.dom, sejumlah wang dan empat buah telefon bimbit.

Suspek juga dikenakan kompaun atas kesalahan merentas negeri tanpa kebenaran di bawah Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah – Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Pelan Pemulihan Negara)

2021.

Suspek direman bermula Ahad hingga Khamis di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah.

SENARAI PEMENANG MAHARAJA LAWAK MEGA

Keputusan Pemenang Juara Maharaja Lawak Mega 2019 final

Dibawah adalah senarai pemenang Maharaja Lawak Mega dari 2012 sehingga 2019. Juara, Naib Juara dan tempat ketiga diasingkan mengikut nombor 1,2 dan 3.

2012

Jambu (Yus dan Tauke) (2)

Jozan (Johan dan Zizan) (1)

Shiro (Shahrol dan Ajak) (3)

2013

Shiro (Shahrol dan Ajak) (2)

Bocey (Fad , Abam dan Achey ) (3)

Sepahtu (Jep, Shuib dan Rahim)(1)

2014

Sepahtu (Jep, Shuib & Pak Ya) (2)

Nabil (Ahmad Nabil Ahmad) (3)

Zero (Atu, Syaiful & Sharif) (1)

2016

Bocey (Abam, Fad & Achey) (1)

Joras (Rahim,Joey Daud & Shuk SYJ) (2)

Puteh (Mamak & Ali) (3)

2017

Bocey (Abam, Fad & Achey) (1)

Shiro (Shahrol dan Ajak) (2)

Dzawin (Dzawin Nur Ikram) (3)

2018

Zero (Atu, Sharif dan Syaiful) (3)

Bocey (Abam, Fad & Achey) (2)

Shiro (Shahrol dan Ajak) (1)

2019

Puteh (Mamak & Ali dan Man) (1)

Zero (Atu, Sharif dan Syaiful) (2)

Bocey (Abam, Fad & Achey) (3)

Siapakah pelawak yang dikatakan menjadi bapa ayam dan telah ditangkap? Tauke Jambu telah pun keluar kenyataan bahawa bukan dia.

Sumber Rujukan: Gempak / Wikipedia

Be the first to comment on "Media Beritahu ‘Bapa Ayam’ Adalah Peserta Tempat Kedua Maharaja Lawak Mega. Ini Senarai Pemenang Bagi Semua MaharajaLawak Mega"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*