Ada Artis Yang Sertai Perhimpunan Di Kuala Lumpur. Netizen Siasat Dan Jumpa Identiti Pelakon Tersebut

Semalam (Sabtu) telah berlangsung perhimpunan ‘Keluar dan #Lawan’ di sekitar Dataran Merdeka yang dianjurkan bagi menunjukkan soladiriti rakyat terhadap rakyat .

Turut tular, seorang pelakon yang dikatakan turut menjadi peserta perhimpunan aman tersebut bersama 400 orang individu lain.

Pelakon yang dikaitkan netizen dengan perhimpunan tersebut ialah Fahad Iman kerana dia di antara yang terbuka berkongsi mengenai ‘bendera hitam’ dan #lawan.

Malah menerusi tinjauan Gempak di laman sosial Instagram (IG) Fahad, pelakon Suri Hati Mr.Pilot itu turut memuat naik beberapa foto ketika menyertai perhimpunan tersebut.

Selain itu, Fahad turut menggunakan foto bendera hitam dan menulis perkataan #lawan di ruangan bio IGnya.

Semalam, media melaporkan sekumpulan individu mula berarak dari Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Masjid Jamek menuju ke Dataran Merdeka, kira-kira jam 11 pagi.

Kumpulan individu berkenaan yang memakai baju hitam dilihat membawa bendera hitam, selain sepanduk menunjukkan protes terhadap kerajaan serta replika jen44zah.

Polis turut dilihat melakukan pemantauan melalui udara menggunakan helikopter selain menutup beberapa laluan menuju ke Dataran Merdeka, sejak pagi.

Polis siasat dalang perhimpunan di ibu negara

Orang ramai kutuk perhimpunan baju hitam - Kosmo Digital

Polis akan menjalankan siasatan terhadap individu dan pemimpin politik yang terlibat dalam perhimpunan ‘Keluar dan #Lawan’ di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur hari ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, pihaknya mengesan penglibatan kumpulan itu yang didalangi oleh individu sama sebagai penghasut bertujuan merosakkan imej negara.

Menurutnya, tindakan diambil terhadap mereka menyertai perhimpunan itu dan ia diumumkan dari semasa ke semasa.

“Saya tengok mereka ini adalah individu-individu yang sama melontarkan kemarahan apabila kerajaan membenarkan kilang beroperasi, namun individu ini juga yang mengarahkan dan menghasut supaya semua orang turun berkumpul.

Perhimpunan boleh jadikan kes COVID-19 semakin meningkat'

“Jika diteliti, kita akan faham bahawa kumpulan-kumpulan ini hanyalah bertujuan memecahbelahkan keadaan serta menimbulkan kegusaran kepada rakyat,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Selama, di sini hari ini.

Yang hadir sama Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani; Ketua Pengarah Jabatan Penjara Malaysia, Datuk Nordin Muhamad dan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz.

Menurut Hamzah, ketika tempoh pandemik Covid-19, sepatutnya rakyat sedar terhadap bahaya penularan wabak Covid-19 terutamanya varian Delta yang mudah merebak dengan cepat melalui udara.

“Mereka ini sudah tahu bahayanya varian ini kepada masyarakat namun pada masa yang sama mereka juga yang mengajak orang ramai untuk berkumpul.

“Adakah mereka ini double standard dalam mematuhi SOP atau sememangnya kebal daripada varian ini,” katanya.

Terdahulu, Hamzah menyerahkan cek Tabung Amanah Perwira dan Pertahanan Negara berjumlah RM26,000 kepada Ida Marsita Harun, 45, iaitu balu kepada Allahyarham Sarjan Mohamad Nasrul Othman,47, yang bertugas di penjara Alor Setar yang meninggal dunia pada 28 september tahun lalu akibat Covid-19.

Dianggarkan antara 400 sehingga 450 orang berpakaian serba hitam berhimpun dalam protes #Lawan di Dataran Merdeka di ibu negara hari ini bagaimanapun, protes berkenaan dapat disuraikan secara aman.

Pelbagai perkataan yang dilaungkan oleh peserta perhimpunan itu seperti ‘hidup rakyat’, ‘bangkit anak muda dan ‘kerajaan gagal’, dengan kebanyakannya mengecam kerajaan.

Sumber : GEMPAK / Utusan Online

Be the first to comment on "Ada Artis Yang Sertai Perhimpunan Di Kuala Lumpur. Netizen Siasat Dan Jumpa Identiti Pelakon Tersebut"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*