
Pukau merupakan salah satu amalan ilmu sihir yang digunakan seseorang untuk memukau mangsa supaya tertidur, kaku hingga membuatkan mangsa menuruti sahaja kemahuan si pemukau.
Meskipun ‘pukau’ bukanlah sesuatu perkara baru dalam masyarakat kita hari ini, namun masih ramai lagi yang kurang peka mengenai perkara tersebut.
Terbaru, seorang wanita menerusi akaun Facebooknya ada berkongsi pengalaman jiran di hadapan rumahnya dipercayai hampir dipukau oleh seseorang yang tidak dikenali.
Dakwa wanita ini lagi, apabila warga emas terbabit menyedari tindakannya itu diperhatikan, dia terus beredar dari situ dan menuju ke belakang rumah.
Lebih menimbulkan tanda tanya adalah bagaimana individu terbabit boleh masuk ke dalam kawasan rumah sedangkan kawasan perumahan itu menggunakan pagar automatik.
Tapi wallahu’alam macam mana dia boleh dapat masuk tanpa kopak atau pecahkan gate. Nak kata dia lompat/panjat pagar, tak berapa logik sebab pagar sangat tinggi dan dia berkain.
Dan dah banyak hari kawasan rumah kami asyik jadi blackout tiba-tiba. Alarm akan bunyi tiba-tiba jam 4 5 pagi. Pagi tadi pun jadi lagi. Husband dah banyak kali dengar bunyi orang kuis-kuis batu kerikil tepi rumah.
POLIS KELUAR KENYATAAN TENTANG SIAPA PAKCIK TUA ITU
Polis mengesahkan lelaki yang masuk ke perkarangan sebuah rumah di Taman Cengal, di sini, seperti yang tular di laman sosial sejak semalam didapati kurang waras.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, lelaki itu tidak tahu apa yang dibuat di situ malah turut berbogel di hadapan pasukan polis.
Beliau berkata, isteri lelaki itu turut bersama ketika kejadian.
“Lelaki itu juga mengalami masalah buah pinggang dan ada tiub di perutnya.
“Bagaimanapun tiada tindakan diambil berhubung kejadian itu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Dalam kejadian yang tular sejak semalam, seorang penduduk taman perumahan memaklumkan jirannya hampir dipukau selepas menyedari lelaki tua bertongkat masuk ke kawasan kediamannya.
Sebelum kehadiran lelaki itu, jirannya menyedari sebuah Proton Iswara berwarna merah berlegar di kawasan itu pada jam 5.20 pagi.
Apa yang menjadi misteri ialah pagar rumah itu dikunci automatik dan timbul persoalan bagaimana lelaki terbabit boleh masuk ke perkarangan kediaman tanpa ada kesan kopak pada pagar.
Justeru penduduk meluahkan kebimbangan dan memaklumkan kejadian kepada polis.
Penduduk turut mendakwa kawasan kediaman mereka kerap terputus bekalan elektrik serta alat penggera tiba-tiba berbunyi pada jam 4 atau 5 pagi hampir setiap hari.
Anak Pakcik Tua Tampil Beri Komen
Selepas tular tentang pakcik tua misteri di media sosial. Perkara tersebut sampai ke anak anak pakcik itu.
Salah seorang anak pakcik tersebut telah meninggalkan komen dan memohon agar posting tentang ayah dia diturunkan.
Salah seorang anak pakcik ini turut telah membuat laporan polis tentang apa yang terjadi kepada ayah mereka.
Sehingga artikel ini ditulis, posting viral tentang pakcik misteri itu masih belum lagi diturunkan/dipadam. Kami harap semua dapat diselesaikan secara aman.
Rujukan : Oh Bulan / HMETRO
Olahan: AwatttSyeikhh Network
Leave a Reply