
Baru baru ini kecoh di media sosial tentang seorang influencer/usahawan memarahi seorang pakcik di Pusat Gelandangan Kuala Lumpur ketika dalam satu majlis motivasi
Influencer bernama Carl Samsudin teruk menerima kecaman netizen kerana dianggap tiada adab dan kurang ajar kepada orang tua.
Carl Samsudin telah menjelaskan bahawa dia tidak bermaksud untuk memarahi pakcik itu tetapi dia akur dan mengaku munkin cara dia agak kasar.
Dia memberitahu akan berjumpa pakcik itu untuk meminta maaf.
Susulan video seorang usahawan, Carl Samsudin yang tular berikutan didakwa meninggikan suara kepada seorang warga emas di Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur, semalam.
Selepas mendapat kecaman dari netizen, usahawan tersebut telah pun membuat pemohonan maaf di Instagram miliknya selain mengakui akan kesilapan yang telah dilakukan.
Posting yang memaparkan dia mencangkung sambil memandang warga emas itu dimuat naik dengan kapsyen ringkas iaitu meminta maaf.
INI TEGURAN YUSUF AZMI KETIKA BERJUMPA DENGAN CARL SAMSUDIN
Buang Yang Keruh, Ambil Yang Jernih..
Alhamdulillah, saudara Carl Samsudin sudah pun berhubung dengan saya dan akan membuat permohonan maaf secara terbuka atas tindakan ‘memalukan’ seorang gelandangan warga emas.
Saya yakin, pastinya saudara Carl tiada niat untuk menghina.. Namun, kadang kala kata-kata kita itu boleh menguriskan hati seseorang tanpa kita sedar.
Dan sesungguhnya kita sebagai manusia tidak pernah lari daripada membuat salah.
Tahniah atas keberanian saudara Carl Samsudin!
Jadikan sebagai pengajaran. Saya doakan semoga urusan saudara dan Pakcik ini sentiasa dipermudahkan Allah SWT.
Kami dari pihak Semboyan Malaysia mengharapkan semua masyarakat dapat memaafkan atas kekhilafah tersebut..
“Meminta maaf tak menjadikan kita hina.. Memberi maaf, tak menjadikan kita bangga.. Tapi sesungguhnya ia akan membuatkan hati kita TENANG dan BAHAGIA” – Yusuf Azmi
Sumber : Redaksi / Yusuf Azmi FB
Leave a Reply