Akhirnya Siapa Yang Sudah Terima 2 Dos Vaks1n Ada Kelebihan Yang Akan Diberi. Ini Kenyataan Dari PM Muhyiddin

Mereka yang telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin COVID-19 dijangka menerima berita baik tidak lama lagi.
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata beliau akan mengumumkan kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) khusus bagi mereka dalam beberapa hari lagi.

“Kita akan muktamadkan perkara ini dan saya akan umumkannya sebagai satu pakej penuh, termasuk dalam aspek sosial, sukan, dan aktiviti makan di restoran. Perincian ini akan diumumkan tidak lama lagi,” katanya dalam temu ramah khas dengan media di sini hari ini.

Beliau berkata antara kelonggaran yang diberikan termasuk SOP bagi pergerakan dalam negara, termasuk perjalanan rentas sempadan terutama melibatkan suami atau isteri yang tinggal berjauhan.

“Saya benar-benar berharap langkah ini akan memberikan sedikit ruang, keselesaan bagi orang ramai untuk meneruskan kehidupan dengan lebih baik,” katanya.

Pada 17 Julai lepas perdana menteri mengumumkan bahawa kelonggaran bagi individu yang telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin COVID-19 akan diputuskan di mesyuarat Pelan Pemulihan Negara (PPN) dalam minggu ini.

Beliau dilaporkan berkata ini selaras dengan pembukaan lebih banyak sektor ekonomi apabila negeri beralih ke Fasa Dua PPN, terutama melibatkan kawasan Lembah Klang.

PPN dijadualkan untuk dibentangkan oleh perdana menteri dalam Sidang Khas Parlimen yang bermula Isnin ini.

Merujuk kepada persidangan parlimen, Muhyiddin berkata walaupun sesi itu akan dibuka untuk perbahasan, kerajaan tegas dengan keputusan untuk meneruskan PPN sehingga keadaan negara pulih.

Sumber : Siakap Keli

Be the first to comment on "Akhirnya Siapa Yang Sudah Terima 2 Dos Vaks1n Ada Kelebihan Yang Akan Diberi. Ini Kenyataan Dari PM Muhyiddin"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*