Adakah Caprice Sudah Lepas Masuk Gaza. Gambar Ini Menjadi Tanda Tanya Semua Netizen

‘Insya-Allah’.

Demikian tulis penyanyi rap terkenal, Caprice dalam InstaStory di akaun Instagram miliknya yang menimbulkan tanda tanya mengenai statusnya.

Tulisan Insya-Allah itu berlatarbelakangkan Dome of Rock.

Sebelum ini Caprice memaklumkan dia akan meneruskan misinya sendirian apabila semua yang turut menyertai misi bantuan kemanusiaan ke Gaza tempoh lalu pulang ke Malaysia.

Menerusi perkongsian di InstaStory, dilihat Caprice juga sudah selesai mengemas pakaiannya untuk terus berjihad demi ummah walaupun berseorangan.

Di samping itu, dia turut mengakui bahawa ‘perjuangannya’ kali ini merupakan yang paling mencabar pernah dilalui seumur hidupnya.

Bagaimanapun, itu bukan alasan penyanyi itu untuk berhenti berjihad ke jalan Allah, malah tetap percaya bahawa segala yang berlaku ada hikmah di sebaliknya.

Rombongan ke Gaza dinasihatkan pulang selepas ambil kira pandangan Mesir

Rombongan ke Gaza dinasihatkan pulang selepas ambil kira pandangan Mesir

Keputusan untuk menasihatkan pasukan Misi Humanitarian Mission 4 Palestine (HM4P) agar pulang ke Malaysia dan tidak meneruskan misinya ke Gaza dibuat selepas mengambil kira pandangan kerajaan Mesir.

Timbalan Menteri Luar Datuk Kamarudin Jaffar berkata, pihaknya dimaklumkan kerajaan Mesir bahawa tiada jaminan keselamatan untuk HM4P di Gaza dan keputusan menasihatkan misi itu pulang dibuat atas faktor keselamatan yang dibangkitkan Mesir.

“Kerajaan Mesir telah memberikan pertimbangan bahawa keadaan keselamatan mereka (HM4P) di sana tidak dapat dijamin,” katanya kepada Bernama ketika ditemui selepas menerima 150 bakul makanan sumbangan Prolintas Group Of Companies untuk diagihkan kepada penduduk kawasan Parlimen Bandar Tun Razak di sini hari ini.

Sumber : Utusan Online

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*