Awal Ashaari Akhirnya Buka Mulut Dan Beritahu Kenapa Dia Tidak Muncul Lagi Dalam Melodi TV3

NOTIS pemberhentian mengejut Awal Ashaari sebagai pengacara Melodi dilihat sabegai satu lagi proses ‘pembersihan’ yang sedang berlaku di Media Prima Berhad.

Menurut Awal atau nama sebenarnya, Ahmad Awaluddin Ashaari, 40, dia menerima notis penamatan kontrak kira-kira dua minggu lalu dan esok, Ahad adalah kali terakhir dia akan bersiaran sebagai pengacara program hiburan itu.

“Terkejut… sebelum ini kalau ada pertukaran, kita akan boleh jangka. Ada hint, ada kiasan, ada internal information dan selalunya cukup masa yang diberi untuk transisi besar dalam kerjaya kami.

“Dua minggu? Tentunya satu keputusan yang sukar diterima di saat anak seni rata-rata berdepan dengan kekangan tidak boleh bekerja, khidmat yang saya curahkan sepanjang lapan tahun bergelar pengacara Melodi solah-olah terhenti begitu sahaja.

awal1

“Ralat… itulah ungkapan yang paling tepat buat masa ini. Ralat sebab tak sempat juga untuk plan hala tuju kerjaya saya lepas ini,” katanya.

Suami kepada pelakon dan pengacara Scha Alyahya ini meluahkan apa yang terbuku di hati berhubung keputusan berkenaan menerusi Instagram.

Tambah Awal, lebih mengecewakan apabila pengakhirannya bersama program berkenaan sejak lapan tahun lalu berlaku dalam suasana yang mengejutkan.

“Lepas rakaman semalam (Jumaat) saya terdiam. Lama saya terfikir, macam ni pengakhiran saya dalam program ni. Bukan la minta untuk diraikan cuma tak sempat nak bid farewell buat semua yang berjasa,” katanya.

Bapa kepada dua cahaya mata itu juga berkata, dia bagaimanapun tidak berkecil hati dengan perkara tersebut dan berharap pengacara baharu yang akan mengantikanya Janna Nick dapat menjalankan tugas mereka dengan baik.

awal janna

“Pihak stesen TV mengambil keputusan untuk menggantikan pengacara sedia ada dengan in-house talent yang bernaung di bawah pengurusan Media Prima bermula Ogos ini, sebagai mana kami diberitahu.

“Saya reda dan sikit pun tidak ambil hati… tapi saya percaya kepada rezeki, qada dan qadar… Bukanlah niat untuk menongkat langit.

“Usia lapan tahun sudah cukup untuk mana-mana pengacara matang dan beroleh kepuasan dalam program kelolaan mereka,” luahnya lagi.

Awal mula mengacarakan program Melodi bersama rakan selebriti, Janna Nick sejak tahun 2013.

Melodi bersiaran pada setiap Ahad, pukul 12 tengah hari di TV3.

Sebelum ini, nama pelakon popular Nabila Huda disebut-sebut sebagai pengacara baharu program berkenaan.

Sumber : MSTAR ONLINE

Be the first to comment on "Awal Ashaari Akhirnya Buka Mulut Dan Beritahu Kenapa Dia Tidak Muncul Lagi Dalam Melodi TV3"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*