
Seperti masih belum selesai walaupun EBit Lew telah pulang ke tanah air.
KEMELUT melibatkan misi kemanusiaan ke Gaza oleh pendakwah Ustaz Ebit Lew terus hangat diperkatakan rakyat negara ini.
Video Berada Di Bawah Artikel
Terbaharu, rakyat Malaysia tinggal di Semenanjung Gaza, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamamrulzaman atau lebih dikenali sebagai Nadir Al-Nuri tampil membuat penjelasan panjang berhubung hal itu menerusi saluran Telegram miliknya.
Menurut Muhammad Nadir yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, dia tidak menyimpan perasaan iri hati terhadap Ebit, namun menjadikan perkongsian itu sebagai satu iktibar dan pedoman untuk semua pihak.
Dalam penjelasan itu, Muhammad Nadir menafikan dakwaan kononnya dia dengki dengan Ebit, sebaliknya cukup mengalu-alukan kehadiran beliau.
Dakwanya, Ebit yang duduk bersebelahan dengannya langsung tak menegur mahupun menghulurkan tangan untuk bersalam.
DIMINTA JANGAN RAKAM
“Jam 2 pagi, kami dimaklumkan rombongan sudah melepasi sempadan Rafah sebelah Mesir dan akan masuk ke Gaza. Perasaan ketika itu seronok bukan kepalang.
Saya ditolak wakil Kementerian Luar berada di barisan hadapan menyambut rombongan dan apabila turun dari bas, sebahagian team bersalam sedangkan separuh lagi termasuk EL berjalan jauh daripada saya.
“Tidak ada sepatah kata pun dituturkan oleh seluruh team kepada saya melainkan pengawal keselamatannya yang terus menegur dan membisik ke telinga saya, awak orang Malaysia kan, jangan buat live ya.
Lelaki Ini Jelaskan Sebab Kenapa Nadir Tidak Dibenarkan Rakam
Seorang youtuber bernama Yasinamron telah memuat naik satu video berkaitan Nadir Al Nuri dan Ustaz Ebit Lew di channel beliau.
Beliau memberi penjelasan tentang mengapa bodyguard Ebit Lew melarang Nadir dari merakam video kerana Astro juga ada disini.
Detik Nadir Ditegur (Video)
Menurut beliau ini ada kena mengena dengan content untuk Astro dan berkemungkinan perjalanan Ebit Lew turut dibantu oleh Astro.
Jika anda tidak tahu, Ebit Lew mempunyai rancangan sendiri di Astro bernama Jejak Ebit di Astro Prima.
Yasinamron memberitahu ini ada kena mengena dengan rancangan ini. Sekiranya ada orang lain yang merakam terlebih dahulu apa yang terjadi pada Ebit Lew di sana sudah pasti akan menggangu sedikit jumlah tontonan apabila mereka siarkan nanti.
Apa yang disebut oleh Yasinamron adalah pendapat beliau sahaja. Jom tengok penerangan penuh dari beliau.
Artikel : AwatttSyeikhh Network
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
DILARANG SALIN SEMULA TANPA KEBENARAN
Leave a Reply