
Dah 2 tahun negara dan dunia alami cov1d 19. Setiap negara termasuklah Malaysia telah menetapkan peraturan peraturan yang ketat sepanjang itu.
Di Malaysia antara peraturan yang patut diikuti terdapat dalam SOP dan SOP terkini adalah untuk sambutan Hari Raya Aidiladha.
Aktiviti ziarah tidak dibenarkan sama sekali dan jumlah penumpang dalam kereta cuma 2 orang termasuk pemandu tetapi masih ada lagi yang rasa dia lagi pandai dari pihak berkuasa.
Meskipun kerajaan telah menetapkan bahawa aktiviti ziarah raya dilarang sempena sambutan Aidiladha semalam, namun tetap ada segelintir individu yang degil melanggar prosedur operasi standard (SOP).
Terbaru, tular satu video di laman Twitter memaparkan sekumpulan keluarga didakwa ‘melarikan’ diri keluar dari kenderaan mereka ketika melalui sekatan jalan raya (SJR) di sebuah lebuh raya di Lembah Klang.
Seorang pengguna Twitter, @ilyazrai memuat naik rakaman video itu yang kelihatan empat individu perempuan termasuk seorang kanak-kanak lengkap berbaju kurung ‘melangkah’ penghalang besi di tengah lebuh raya tersebut.
VIDEO:
“Haaa tengok mereka ni degil nak pergi beraya jugak. Lepas tu bila sangkut kat SJR, keluar kereta dengan anak cross highway 3 lane,” tulis @ilyazrai.
Mana tidaknya, dah la keluar beraya? Jumlah penumpang lebih daripada SOP yang ditetapkan pula tu! Pasti dikenakan kompaun ribuan ringgit sekiranya ‘kantoi’ oleh pihak polis.
KOMEN NETIZEN:
Posting berkenaan diulang kicau sebanyak 3,200 kali selain menerima pelbagai reaksi netizen dimana rata-rata marah melihat tindakan sekumpulan keluarga itu yang disifatkan degil serta mementingkan diri.
Ini kerana sedang rakyat ‘berkorban’ dengan menyambut raya di rumah sahaja, golongan terbabit ‘berseronok’ ke sana sini yang boleh menjadi punca penularan wabak Covid-19 sekali gus kes jangkitan kembali meningkat.
Kalau macam ni la gaya pematuhan, lama lagi agaknya peluang kita mahu melihat ‘dunia luar’. Disebabkan seorang dua yang langgar SOP dan berjangkit, habis semua kena duduk di rumah!
Sumber: Twitter @ilyazrai via OMM
Leave a Reply