
Kedengaran mungkin agak lantang, namun penyanyi dan pelakon Azza Elite terpaksa bertegas dengan memberi amaran kepada saudara-maranya dari Selangor dan Kuala Lumpur supaya tidak bertandang ke rumah ibunya di kampung sempena Hari Raya Aidiladha nanti.
Ujar Azza, dia terpaksa bertegas demi kebaikan dan kesihatan ibunya buat masa ini kerana bimbang potensi dijangkiti Covid-19 berpunca akibat aktiviti kunjung-mengunjung.
“Pada saudara-mara dari Selangor dan Kuala Lumpur atau dari mana sahaja yang balik kampung, jangan sesekali anda datang rumah mak saya.
“Awas! Saya haramkan anda datang rumah mak saya ketika ini demi kebaikan dan kesihatannya,” tulisnya dalam satu hantaran yang dimuat naik dalam InstaStory miliknya.
Ujar Azza atau nama sebenarnya Noor Azzarima Zawari, selain ibunya, dia turut bimbang tentang keselamatan anaknya, Marissa dan pak cik yang turut berada di kampung pada ketika ini.
Kata Azza, dia tidak dapat menghalang saudara-maranya untuk melakukan perjalanan rentas negeri dengan pulang ke kampung, tetapi dia memohon supaya mereka tidak mengunjungi rumah ibunya yang difahamkan terletak di Ipoh, Perak.
“Tolonglah, awak nak balik itu awak punya pasal. Tapi jangan nak bawa balik penyakit dan merayap ke rumah saudara-mara. Jangan ‘gatal’ nak bersalaman bagai,” katanya.
Sumber : Kosmo Online
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.
Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
Leave a Reply