
Negara Brunei Darussalam dilaporkan mencatatkan sifar kes jangkitan kes tempatan sejak 434 hari yang lalu.
Menerusi siaran akhbar mengenai situasi terkini jangkitan COVID-19 di Negara Brunei Darussalam, Kementerian Kesihatan negara tersebut memaklumkan bahawa negara itu mencatatkan 434 hari kes sifar berkenaan j4ngkitan v1rus COVID-19.
Kali terakhir Brunei Darussalam mencatatkan kes j4ngkitan tempatan adalah pada 6 Mei tahun lalu.
Dalam pada itu, Negara Brunei Darussalam pada hari ini turut mencatatkan sifar kes import dan kes tempatan.
Brunei setakat ini hanya mencatatkan 282 kes keselurhan dengan 3 kem4tian.
INI 11 CARA NEGARA BRUNEI BUAT UNTUK JADI BEBAS C0VLD
1)Pembinaan Bangunan Pusat Pengasingan Kebangsaan di Daerah Tutong bagi menempatkan pesakit-pesakit yang telah pun disahkan positif dari jangkitan Covid-19 untuk dipantau rapi.
2)Pembinaan bangunan tambahan Makmal Rujukan Virologi Kebangsaan di Kampung Sumbiling, Bandar Seri Begawan bagi menambah kapasiti dan mempercepatkan proses ujian makmal bagi Covid-19.
3)Penyediaan Pusat-Pusat Pemantauan bagi warga asing, rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam yang masuk ke Negara Brunei Darussalam dari luar negara bagi menjalankan kuarantin.
4) Penyediaan Self Assessment Tool healthinfo.gov.bn bagi membantu individu untuk membuat penilaian jika mereka menghidap simptom-simptom COVID-19 dan usaha untuk menghasilkan masa sebenar ataupun real-time Government dashboard.
5) Pembukaan Sementara Jambatan Penghubung Daerah Brunei-Muara bagi memudahkan aksesibiliti ke daerah Temburong. Jambatan berkenaan adalah dibukakan dari pukul 6 pagi hingga 6 petang sahaja setiap hari bermula 19 Mac 2020.
6) Elaun khas sebanyak $400 sebulan iaitu sebanyak RM1242.80 khusus kepada para doktor, jururawat, parademik, pemandu, ambulan, sukarelawan, pembersih, penjaga keselamatan dan kesemua mereka yang bertugas dengan Kementerian Kesihatan Brunei.
7) Pemantauan harga barangan sentiasa dijalankan bagi barangan seperti beras, gula dan barangan keperluan lain contohnya sanitizer tangan dan pelitup muka bagi melindungi pengguna.
8) Memperkasa perkhidmatan telekomunikasi bagi dapat memenuhi jangkaan permintaan yang makin meningkat.
9) Penutupan sementara masjid, surau dan balai ibadah seluruh negara Brunei Darussalam.
10) Acara-acara keramaian atau berkumpulan termasuk majlis perkahwinan dan acara kesukanan adalah tidak dibenarkan buat sementara waktu.
11) Premis-premis makanan termasuk restoran, kedai makan, kedai minum, kafe, medan selera, gerai makan dan seumpamanya tidak dibenarkan untuk menyajikan makanan di premis-premis dan hanya dibenarkanuntuk menyediakan makanan untuk dibawa pulang saja (takeaway).
Kompleks dan fasiliti sukantertutup diseluruh negara termasuk gimnasium, pusat boling dan padang golf serta muzium-muzium dan galeri, pusat-pusat belia, perpustakaan negara itu ditutup operasi.
Sumber : Siakap Keli
Leave a Reply